Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayi di ICU, alami sakit jarang berlaku

Zayn Nabeel perlukan rawatan untuk penyakit Spinal Muscular Atrophy yang telan belanja tinggi
Aug 25, 2022 | 06:27 AM



APABILA pasangan, Encik Nabeel Salim Abdat, 30 tahun, dan Cik Syahirah Yakub, 31 tahun, mendapat tahu bahawa ubat yang diperlukan untuk merawat penyakit neuromuskular jarang berlaku yang dialami bayi mereka berharga $3 juta, mereka rasa tidak berdaya.



Mentelah lagi sedang mereka 'berlumba dengan waktu' dalam perjuangan mereka untuk memastikan cahaya mata pertama mereka yang kini berusia hampir dua bulan terus bernyawa.



Ini setelah mereka dikhabarkan dengan berita pilu bahawa bayi mereka, Zayn Nabeel Abdat, didiagnos dengan Spinal Muscular Atrophy (SMA) Jenis 1 pada usia lima minggu sahaja.



Sekiranya keadaan tersebut, dibiarkan tanpa dirawat, anak lelaki mereka mungkin tidak dapat bertahan sehingga ulang tahunnya yang kedua, luah ibu bapanya dengan penuh hiba ketika berkongsi keadaan anak mereka itu dengan Berita Harian (BH).



SMA merupakan penyakit yang menjejas saraf dan otot hingga menyebabkan Zayn sukar untuk melakukan aktiviti semula jadi seperti bernafas dan menelan air liur. Disebabkan ototnya yang lemah, Zayn mengalami masalah pernafasan lebih-lebih lagi apabila air masuk ke paru-parunya, menghalang saluran udara.



Malah, denyutan nadi Zayn pernah berhenti sebelum dia dikejarkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU).



"Ia sesuatu yang saya harap saya tidak akan lihat lagi... hati kami remuk. Ini sesuatu yang tidak ada sesiapa pun yang mahu lihat berlaku kepada bayi mereka," ujar Encik Nabeel, yang sebelum ini merupakan jurutera dan kini dalam proses menukar pekerjaan.



Zayn dimasukkan ke ICU sejak 6 Ogos lalu dan kini diintubasi untuk membantunya bernafas. Bayi itu juga meminum susu menerusi tiub.



"Ia perit melihat anak kami diintubasi. Ia bukan satu keadaan yang mahu dilihat mana-mana ibu bapa pun. Tidak ada ibu bapa yang ingin melihat anak mereka disuap menerusi tiub," kata Encik Nabeel.



"Kami rindu mendukungnya," tambah Cik Syahirah.



Walaupun tidak ada penawar bagi SMA, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh diterima Zayn.



Pertama ialah Risdiplam - ubat yang diberi setiap hari berharga $15,167.50 sebotol dan boleh bertahan selama 64 hari.



Kedua ialah terapi gen Zolgensma bernilai $3 juta yang memerlukan satu dos, dan digunakan untuk merawat kanak-kanak berusia bawah dua tahun.



Untuk membiayai kos rawatan, Encik Nabeel dan Cik Syahirah sedang merayu kepada orang ramai bagi sumbangan dana.



"Kami tidak terfikir ada ubat yang mahal begini... Dalam minda kami, bagaimana kami mahu mendapatkan jumlah wang tersebut? Kami hanya pasangan biasa-biasa sahaja.



"Kami rasa tidak berdaya, bagaimana untuk dapatkan wang sebanyak itu? Jika kami jual semua (harta kami) pun, ia tidak dapat mencapai jumlah tersebut," kata Cik Syahirah, yang merupakan seorang penjawat awam.



Sejak kempen mengumpul dana mereka dilancarkan menerusi laman Ray of Hope Jumaat lalu, lebih setengah juta dolar telah dikumpulkan.



Bersyukur atas sokongan dan galakan yang diberi masyarakat, Encik Nabeel menambah:



"Alhamdulillah... kami harap masyarakat Singapura tidak kira apa bangsa atau agama, dapat menyokong atau membantu kami. Walaupun bukan dari segi kewangan, tetapi dapat kongsi cerita ini kepada orang lain, ataupun mendoakan untuk Zayn, itu sudah terbaik buat kami."




"Alhamdulillah... kami harapkan masyarakat Singapura tidak kira apa bangsa atau agama, dapat menyokong atau membantu kami. Walaupun bukan dari segi kewangan, tetapi dapat kongsi cerita ini kepada orang lain, ataupun mendoakan untuk Zayn, itu sudah terbaik buat kami."
- Encik Nabeel Salim Abdat, 30 tahun, bapa kepada bayi Zayn yang didiagnos dengan Spinal Muscular Atrophy (SMA) Jenis 1, penyakit yang jarang berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >