Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayi dihantar ke NUH dek kebakaran

Jun 14, 2022 | 05:30 AM



SEORANG bayi dihantar ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga, selepas satu kebakaran di sebuah flat di Jurong East Street 32 pagi semalam.



Anggota bomba Pasukan Pertahanan Awam Singaura (SCDF) memadamkan api yang bermula di dapur unit di tingkat lima di Blok 310 itu, dan menyelamatkan dua kucing yang ditemui masih sedarkan diri.



Dua orang disertai seorang bayi berjaya keluar dari unit itu sebelum pasukan bomba tiba. Sekitar 15 orang lagi dari flat berdekatan diminta beredar oleh polis sebagai langkah berjaga-jaga.



Dalam satu pos di Facebook, SCDF berkata ia menerima panggilam berkenaan kejadian itu pada 7.50 pagi.



"Anggota bomba dari Balai Bomba Jurong memadamkan api dengan menggunakan jet air serta beg galas berisi busa udara mampat," kata SCDF.



Punca kebakaran itu - yang berlaku hanya di kawasan dapur - sedang disiasat.



Dua ekor kucing yang diselamatkan diberi oksigen oleh anggota bomba yang telah dilatih sebagai teknisyen perubatan cemas.



Bayi tersebut dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH).



SCDF menambah bahawa seorang anggota masyarakat cuba memadamkan api dengan menggunakan pemadam api sebelum pasukan bomba tiba.



"SCDF akan menghubungi individu itu untuk memberi pengiktirafan bagi tindakannya yang pantas untuk memadam api," kata SCDF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >