Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayi diracun: Pengasuh ada preskripsi ubat yang ditemui dalam tubuh bayi

Feb 21, 2020 | 10:29 AM



 



SEORANG pengasuh yang dituduh memberi ubat-ubatan yang mungkin berbahaya kepada dua bayi perempuan di bawah jagaannya telah diberi preskripsi ubat itu, yang kemudian ditemui dalam tubuh mereka.


Ini termasuk ubat tidur zolpidem dan alprazolam dan diazepam, yang digunakan untuk merawat penyakit keresahan, lapor The Straits Times.


Dokumen mahkamah tidak menyatakan mengapa jururawat bebas, Sa’adiah Jamari, 38 tahun, diberikan preskripsi ubat tersebut pada November dan Disember 2016.


Pada 29 Disember tahun itu, barangan termasuk satu bungkusan zolpidem kosong, sapu tangan dan botol susu ditemui di dalam flatnya di Hougang.


Diazepam kemudian dikesan pada sapu tangan dan zolpidem pula pada botol susu itu.  


Sa’adiah, seorang warga Singapura, dikenakan dua tuduhan memberikan racun kepada bayi dengan niat mencederakan mereka.


Salah seorang bayi itu berusia lima bulan manakala satu lagi berusia 11 bulan.


Kedua-dua bayi itu bukan keluarga.


Ibu bayi berusia 11 bulan itu, yang berusia 22 tahun, memberi keterangan di mahkamah pada hari ketiga perbicaraan pada Khamis (20 Februari).


Beliau memberitahu mahkamah bahawa pada Disember 2016, beliau telah memuat naik catatan dalam satu kumpulan Facebook bahawa beliau memerlukan seseorang untuk menjaga anaknya pada malam Krismas.


Sa’adiah memberi respons kepada mesej itu dan ibu itu membawa anaknya ke flat Sa’adiah.


Teman lelaki wanita itu kemudian mengambil bayi itu pada sekitar 6 pagi keesokannya, dan beliau mendapati bayinya kelihatan lesu.


Ibu itu memberitahu Hakim Daerah John Ng: “Walaupun dia sudah bangun, dia dalam keadaan mengantuk. Dia tidak dapat berjalan. Selepas sekitar satu jam...masih perkara yang sama… Kepalanya asyik berpusing.”


Bayi itu dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) pada hari itu dan dimasukkan ke hospital.


Ujian sampel air kencing bayi itu kemudian menunjukkan ia mengandungi bahan-bahan termasuk alprazolam dan diazepam. Bayi itu dikeluarkan hospital pada 1 Januari 2017.


Ibu bayi berusia lima bulan itu pula, yang berusia 29 tahun, pula berkata anaknya dimasukkan hospital untuk beberapa hari selepas didapati berada dalam keadaan mengantuk dan bersikap aneh (cranky).


Beliau membawa anaknya ke Hospital Parkway East pada Disember 2016 dan laporan perubatan kemudian mendapati terdapat ubat tidur temazepam, antihistamine chlorpheniramine, dan alprazolam dalam tubuhnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >