Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayi ditemui hidup di tong sampah flat Bedok North

Jan 07, 2020 | 03:26 PM



SEORANG bayi lelaki ditemui hidup di tong sampah Blok 534 Bedok North Street 3 pagi tadi.


Bayi tersebut diletakkan dalam beg plastik yang berdarah dan ditemui dengan beg-beg sampah dan pakej makanan yang lain apabila pekerja pembersihan cuba untuk mengosongkan tong tersebut antara 8 hingga 9 pagi.


Bayi tersebut kelihatan baru dilahirkan. Pekerja pembersihan, yang hanya ingin dikenali sebagai Patwarishamin, memberitahu pihak media bahawa beliau sedang mengeluarkan sampah dari tong tersebut apabila beliau dan seorang pekerja lain menemui bayi yang sedang menangis dalam beg dengan kesan darah.


Beliau kemudian memberitahu Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC).


Seorang pejalan kaki, Encik Lim Yok Liang, 72 tahun, sedang dalam perjalanan ke kedai kopi berdekatan untuk sarapan pada 9.20 pagi, memberitahu media: “Saya melihat ambulans di tempat letak kereta terbuka di bawah blok. Ada seorang pegawai polis membawa bayi yang dibungkus dalam kain.


“Bayi itu tak nangis dan kelihatan seperti masih bernafas.”


Bayi itu dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK.


Ibu hamil boleh mendapatkan bantuan melalui saluran berikut:


Talian Mum-To-Be 24 jam: 1800-686-8623

Khidmat Krisis Kehamilan: 6339-9770

Bagi remaja yang sedang mengalami krisis kehamilan, mereka boleh mendapatkan bantuan dari talian BABES 24 jam atau SMS: 8111- 3535

Safe Place: 6817-4202




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >