Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayi 'Hari kebangsaan' lahir dua hari lebih awal dalam perjalanan ke hospital

Aug 10, 2019 | 06:50 PM



Setiap Hari Kebangsaan yang disambut selepas ini mungkin lebih bermakna bagi Cik Nur Syazwani Muhammad Rosdi.



Beliau menjangka bersalin di hospital pada Hari Kebangsaan, tetapi akhirnya melahirkan bayinya dua hari lebih awal dan dalam kereta sewa-privet semasa perjalanan ke hospital.



Cik Nur Syazwani, 25 tahun, melahirkan anaknya yang ketiga pada 7 Ogos, semasa dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Thomson. Suaminya, Encik Kamarulnizam Kiman, juga 25 tahun, berada bersamanya.



Menurut Cik Nursyazwani, beliau mengalami penguncupan atau contractions  selepas menjalani pemeriksaan yang dijadualkan dan diminta doktor supaya ke hospital pada 2 petang pada 7 Ogos.



Namun Cik Nursyazwani memilih untuk tidak berbuat demikian dan menanti sehingga penguncupan yang dirasainya menjadi lebih kuat.



Beliau hanya memulakan perjalanan ke hospital selepas 5 petang dan tanpa disangka, penguncupan menjadi kian kuat, sehingga beliau memulakan proses penglahiran atau labour.



“Saya cuba mengawal tubuh saya, labour dan setiap kesakitan yang muncul… saya sedar saya berada dalam kereta dengan orang yang tidak dikenali… saya cuba bersikap tenang, “ kata Cik Nur Syazwani, menulis di Facebook.



 





Menurut Cik Syazwani, beliau yang berada dalam keadaan yang amat sakit, akhirnya melahirkan bayinya itu sekitar 7 malam. Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke hospital. 



Bayinya, Mia Ariella Adhwin’a dilahirkan dalam keadaan sihat dan seberat 3.165 kilogram. Mia adalah anaknya yang ketiga. Cik Nur Syazwani juga mempunyai dua lagi anak berusia 2 tahun dan 10 tahun.





Menurut Cik Syazwani, beliau dan suaminya amat berterima kasih kepada pemandu kereta sewa-privet itu, seorang lelaki yang bernama Encik Chia Shang Heng yang bersikap tenang dan tidak menunjukkan sebarang perasaan marah walah keretanya kotor.



* Semua gambar diterbitkan dengan kebenaran Cik Nur Syazwani Muhammad Rosdi. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >