Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayi hidap penyakit otot, Rayyan Qush, meninggal dunia dalam tidur: Ahli keluarga

Jan 01, 2021 | 05:53 PM



BAYI yang menghidap penyakit atrofi otot spina, Rayyan Qush, 14 bulan, telah meninggal dunia pada pagi Jumaat (1 Januari).



Allahyarham Rayyan Qush dikenali ramai menerusi usaha mengumpul dana Wish For Rayyan untuk membantunya mendapatkan rawatan.



Malangnya, sebelum mendapat rawatan, Rayyan telah menghembus nafas terakhirnya.



Berita Harian telah menghubungi ibu Rayyan, Cik Nurdiana Rohop, tetapi panggilan itu dijawab oleh sepupunya yang mengenalkan diri dengan nama Emilia Nathasha.



Beliau menyatakan Cik Nurdiana masih terlalu sedih untuk bercakap sesiapa. Menurut beliau, Allahyarham meninggal dunia dalam tidurnya dan dijumpai dalam keadaan tidak sedar diri di dalam bilik tidur sekitar 10 pagi tadi (Jumaat).



“Kita tidak tahu apa terjadi dan menjumpainya dalam keadaan tidak sedar. Jadi kami terus menelefon ambulans dan Rayyan dibawa ke hospital,” kata Cik Emilia.



Tambahnya, Allahyarham kemudian disahkan meninggal dunia ketika sampai ke hospital.



Penyakit yang dihidapi oleh Allahyarham Rayyan membawa kepada kelemahan otot hingga menjejas pergerakannya dari masa ke masa.



Penyakit itu berpunca daripada pupusnya sel saraf yang dipanggil neuron motor yang mengawal pergerakan otot.



Menurut satu catatan di laman Instagram beberapa hari lalu, keluarga Allahyarham telah mengumpul sebanyak $1.1 juta menerusi wadah seperti GIVE.asia dan Wish For Rayyan.



Laman Facebook Wish For Rayyan berkata semua kegiatan kutipan dana telah dihentikan dengan segera.



Apabila ditanya maklumat lebih lanjut mengenai dana yang dikumpul, Cik Emilia berkata:



“Buat sementara ini saya tidak boleh mengatakan apa-apa lagi. Keluarga ini memerlukan masa dan ruang untuk bersedih.



“Sekiranya terdapat maklumat lanjut dalam masa akan datang, kami akan memaklumkannya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >