Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Bayi lahir dalam teksi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bayi lahir dalam teksi

May 28, 2022 | 05:30 AM

BAGI pasangan Cik Nur Farah Ummiah Iskandar, 34 tahun, dan suami, Encik Muhammad Faizal Mohd Nor, 38 tahun, mereka tidak menyangka sama sekali putera mereka, Faliq Matin, akan dilahirkan di dalam teksi semasa dalam perjalanan ke Hospital Kandang Kerbau (KKH).

Sekitar 7.01 pagi Selasa lalu teksi mereka sedang berada di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) dan diatas jalan yang sama juga, Cik Faizal menyambut anak mereka yang keempat.

Cik Farah berkata, pada kira-kira 5 pagi hari itu beliau dikejutkan dengan kesakitan dari kontraksi dan tahu beliau akan melahirkan pada bila-bila masa.

Ini kerana anggaran tarikh lahir Cik Farah sudah melepasi dua hari kerana si kecil sepatutnya dilahirkan pada 22 Mei.

Beliau yang sedang menahan kesakitan terus mengejutkan suami untuk bergegas ke Hospital.

Disebabkan kesakitan yang terlalu kuat, badan Cik Farah tidak kuat untuk bergerak dan beliau tidak boleh berkata apa-apa.

Dalam situasi yang cemas dan merisaukan, suaminya yang bertugas sebagai kapten kapal layar masih mampu untuk kekal tenang dan mengawal situasi, walaupun dalam keadaan teksi yang sedang bergerak.

Kededua cuba mengingati saat-saat kelahiran sebelumnya, dan menggunakan teknik yang pernah diberikan oleh doktor dan bidan mereka.

Mengenang kembali saat beliau melahirkan, Cik Farah berkata:

"Saat itu saya memang dah tak boleh control lagi, saya cuba tahan, saya kepit kaki semua dan tak berhasil. Saya rasa macam nak push dengan kuat, dan lahirlah Faliq Matin Muhammad Faizal".

Drebar teksi juga tidak panik dan memberi fokus pada keselamatan mereka bersama.

"Alhamdulillah beliau cuba pandu dengan tenang dan profesional. Beliau juga bantu tenangkan saya dan sering bertanyakan keadaan saya dan anak," kata suri rumah sepenuh masa itu.

Encik Faizal berkata:

"Untuk kami, ia amat penting untuk kekal tenang dalam apa jua situasi, fokus dan berserah pada yang Esa, Dialah Maha merancang".

"Alhamdulillah kini semua dah selamat, baby pun sihat. Ahli keluarga memang semua terkejut bila dengar cerita tapi lega bila tahu isteri dan bayi selamat dan sihat," tambahnya lagi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3