Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayi penyeri sambutan Tahun Baru Cina

Feb 03, 2022 | 05:30 AM



CIK Ong Ai Juan dan Encik Shi Zhi Sheng sedang bersiap sedia untuk mengunjungi ibu bapa Encik Shi di rumah mereka pada malam Isnin lalu untuk makan malam perjumpaan tahunan mereka, tetapi rancangan mereka terhenti apabila Ariele Shi memutuskan yang dia mahu menyambut Tahun Baru Cina.



Pasangan itu, yang kedua-duanya bekerja dalam bidang kewangan, pada mulanya tidak pasti sama ada mereka perlu segera ke hospital apabila Cik Ong mula merasa sakit pada 5 petang, lapor The Straits Times semalam.



Ibu bapa kali pertama itu berkata: "Kami tidak tahu jenis kesakitan yang dianggap sebagai kontraksi bersalin, tetapi kami fikir adalah lebih baik untuk ke hospital."



Cik Ong, 34 tahun, yang telah lama menantikan makan malam itu untuk menikmati hidangan gamat yang diidam-idamkannya, berkata ibu mentuanya turut menasihati mereka untuk ke hospital.



"Beliau memberitahu saya agar membuat pemeriksaan dan beliau akan menyimpan hidangan itu untuk saya supaya saya boleh menikmatinya kemudian," katanya.



Cik Ong kemudian dimasukkan ke hospital sekitar 7 malam di Pusat Perubatan Thomson.



"Semua orang dalam wad bersalin sangat teruja, mereka bercakap tentang sama ada bayi ini akan menjadi anak lembu atau anak harimau," kata Encik Shi, 39 tahun.



Bayi Ariele, yang pada mulanya dijangka dilahirkan esok, dilahirkan pada tengah malam kelmarin apabila bermulanya tahun harimau itu.



Pasangan yang telah berkahwin selama 12 tahun itu berkata mereka tidak sabar untuk membawa pulang bayi perempuan mereka itu bagi membolehkan keluarga mereka bertemu dengannya.



Turut menyambut tahun baru bersama anak sulung mereka ialah Encik Hu Siyu dan Cik Jaslyn Ang, kedua-duanya berusia 27 tahun.



Pasangan itu menyambut anak perempuan mereka, Heather Hu, di Hospital Gleneagles pada tengah malam. Cik Ang dimasukkan ke hospital lebih awal Isnin lalu dan mula mengalami kontraksi pada 6 petang.



Di Hospital Mount Alvernia, seorang bayi lelaki dilahirkan pada 12.03 pagi kelmarin kepada Encik Tan Jin Kiat, 47 tahun, dan Cik Rose Nguyen, 27 tahun.



Cik Nguyen berkata beliau mengalami sedikit kesakitan dan ketidakselesaan sepanjang hari Isnin lalu tetapi berharap bayi Bryan Tan tidak akan keluar hingga semalam.



"Kami berharap dia dilahirkan pada 2 Februari supaya dia mempunyai tarikh lahir yang cantik, 02/02/2022. Kami tidak sangka dia lahir sehari lebih awal pada Tahun Baru Cina," katanya.



Pasangan itu sedang makan malam bersama keluarga mereka apabila kesakitan Cik Nguyen mula menjadi lebih teruk, dan beliau terpaksa berehat.



"Keluarga kami bercakap dengan bayi itu dan berkata: 'Tunggu, biarkan Mama makan malam dulu,' tetapi dia sudah mahu keluar menemui kami," katanya sambil ketawa.



Pasangan itu, yang telah berkahwin selama tiga tahun dan mempunyai anak lelaki berusia 16 bulan, pergi ke hospital pada 9.30 malam dan dimasukkan ke wad tidak lama kemudian.



"Doktor sangat teruja semasa saya melahirkan dan memberitahu saya untuk cuba sebaik mungkin supaya Bryan keluar pada tengah malam," kata Cik Nguyen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >