Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Bazar anak muda' santai, tak terasak-asak

Bazar pop-up Raya, yang timbul cepat di tapak sementara bagi satu tempoh pendek, muncul di rumah kolonial di Taman Aeroangkasa Seletar hingga ke estet perindustrian, bumbung rumah kedai dan dewan ballroom tidak digunakan bagi majlis kahwin. Semuanya direka perancang acara muda. BERITA HARIAN melaporkan tentang kreativiti konsep bazar musiman ini, yang antara lain bertujuan menarik perniagaan, membantu peniaga dari rumah, dan memikat pelanggan generasi muda. Bawa pengunjung keluar dari lokasi lazim
Apr 19, 2022 | 05:30 AM



SAMBIL membeli keperluan menyambut Lebaran, anda berpeluang menikmati kehijauan alam semesta di sekitar banglo zaman penjajah di Taman Aeroangkasa Seletar. Apabila masuk waktu buka puasa, pelanggan boleh menikmati hidangan dalam suasana berkelah persis di tepi pantai.



Kadangkala kedengaran dan kelihatan pesawat swasta membelah udara di kala mentari hampir terbenam. Pemandangan ini yang ditawarkan pengendali bazar mini Ramadhan Pop-Up Market kendalian Bay Laurel by SID Events di hab gaya hidup Seletar, The Oval.



Dengan bahang sambutan Hari Raya kian terasa dan langkah pengurusan selamat dilonggarkan, ramai penganjur muncul dengan konsep bazar lebih segar khususnya buat pelanggan belasan dan 20-an tahun. Kebanyakannya dibuka hanya pada hujung minggu dan memanfaatkan cuti lebih panjang, seperti Good Friday Jumaat lalu.



Ada dibuat di dewan ballroom yang tidak terisi majlis kahwin sewaktu Ramadan untuk meneruskan perniagaan. Ada menyiapkan ruang kecil di bumbung restoran rumah kedai untuk pelanggan buka puasa dan kemudian membeli-belah.



Tidak kurang pula yang memberi sokongan buat peniaga dari rumah mengembangkan perniagaan kuih-muih dan aksesori di kawasan perindustrian.



Ketika dihubungi Berita Harian, wakil penganjur Ramadhan Pop-Up Market, Cik Shamirah Natasha, 22 tahun, berkata terdapat 13 reruai yang diberi peluang mendedahkan jenama mereka di bazar mini itu.



"Kawasan The Oval terdiri daripada kelompok banglo zaman penjajah yang dipulihara dan dipanggil black and white house. Ia memberi suasana dan rasa yang jauh beza daripada lokasi lain di Singapura. Kami ingin pengunjung menyusur jalan kenangan penuh nostalgia apabila menjejakkan kaki ke dalam banglo ini.



"Ruang ini juga digunakan untuk majlis kahwin. Beberapa tetamu malah pernah berkongsi kisah lama mereka tinggal di banglo sebegini, ujar beliau, sambil menambah ia juga mesra keluarga dan boleh dijadikan tempat bersantai.



"Jika mendapat sambutan, kami bercadang mengadakannya pada skala lebih besar dengan jualan makanan dan lebih banyak kegiatan menghiburkan, seperti persembahan seni," kata Cik Shamirah.



Pengurus ruang CRANE, Encik Adam Kosnan, 31 tahun, yang menyelaras Raya Souk di Robertson Quay (The Herencia, 46 Kim Yam Road), pula berkata ini adalah tahun kedua pihaknya mengadakan bazar pop-up sempena Lebaran.



"Matlamat kami ialah menyokong perniagaan dari rumah agar mereka dapat mendekati lebih ramai orang awam di luar jangkauan bisnes yang dipasarkan dari media sosial.



"Berdasarkan senarai 21 peniaga pada hujung minggu pertama bazar ini, sekitar 70 peratus daripada mereka adalah pengendali bisnes dari rumah atau yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan.



"Ruang yang kami sediakan di CRANE bertujuan menggalak perkongsian idea dan pembelajaran masyarakat secara bersama. Kami bertekad memberi orang ramai peluang menimba pengalalaman baru serta mempelajari kemahiran baru.



"Mereka dapat jadikan ruang di CRANE untuk melancarkan projek baru atau perniagaan mereka. Ia juga boleh dijadikan tempat mereka menebar rangkaian kenalan dengan peniaga lain.



"Justeru, Raya Souk adalah lanjutan bagi matlamat kami mencetus hasrat dalam diri peniaga untuk mula memikirkan idea bernas pada skala lebih besar. Mereka pun boleh bekerjasama dengan peniaga lain dalam Raya Souk bagi projek mendatang," ujar Encik Adam, sambil menambah bahawa sambutan bagi Raya Souk menggalakkan.



Dalam pada itu, ruang ballroom Grand Dahlia di Joo Chiat Complex pula dibanjiri pengunjung hujung minggu lalu apabila acara Buzz@Raya anjuran syarikat penganjur acara KITA Singapura berlangsung dengan kehadiran lebih 10 artis Malaysia yang meniaga sambil beramah tamah dengan peminat.



"Buat kali pertama sejak langkah pengurusan selamat Covid-19 dilonggarkan serta pembukaan sempadan Singapura-Malaysia, kita dapat wujudkan suasana mesra keluarga di samping kembali bergotong-royong dengan artis Malaysia untuk semarakkan bahang sambutan menjelang Lebaran.



"Artis yang diundang merupakan contoh buat generasi muda dengan semangat meniaga dan meneruskan kegiatan seni mereka pada tempoh sukar pandemik tanpa mengenal erti putus asa. Mudah-mudahan, melalui sesi sembang yang diadakan, mereka dapat kongsi kisah kebingkasan mereka sambil menghiburkan hadirin," kata Pengarah Urusan KITA Singapura, Cik Wardah Bafadhal.



Ditanya mengenai daya tarikan bazar era baru ini, Cik Suzie Mariani Halifi, 24 tahun, seorang mahasiswa, berkata: "Saya telah berkunjung ke beberapa bazar pop-up untuk merasakan suasana berhawa dingin, tidak sesak dan mudah membeli-belah tanpa berasak-asak.



"Barangan, khususnya aksesori, yang dijual sesuai dengan cita rasa saya sebagai anak muda. Lagi pun, ia bawa saya ke kawasan selain Geylang, yang biasa dikenali sebagai lokasi bazar Raya," katanya. - Laporan tambahan Arnie Yazreena Yazid




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >