SEBUAH bazar barangan terpakai dilancar semalam dengan tujuan mengumpul dana bagi Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Singapura (CCA) dan meningkatkan kesedaran penggunaan sumber berdaya tahan dan pengurangan sampah.
Bazar EcoBank tiga hari di City Square Mall itu diadakan buat kali kedua oleh City Developments Limited (CDL) dan Eco-Business.