Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NOSTALGIA RAYA

Bazar Geylang Serai jadi 'pusat' pertubuhan Melayu kumpul dana

May 01, 2022 | 05:30 AM



KUMPUL DANA: Suasana bazar seperti ini biasa dilihat di Geylang Serai pada tahun 1990-an.



Dalam gambar ini, yang diambil pada 1998, gerai yang dikendalikan oleh Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) dilihat menjual barangan seperti pakaian sempena Hari Raya.



RKM antara pertubuhan-pertubuhan Melayu/Islam yang mendirikan gerai di bazar Geylang Serai untuk mengumpul dana pada Ramadan.



Laporan akhbar ini pada 25 Disember 1998 menyatakan sehingga tujuh badan Melayu/Islam membuka gerai di bazar Geylang Serai pada tahun itu, sebahagian usaha mengumpul dana.



Selain RKM, badan-badan ini termasuk Masjid Khadijah, Persatuan Taman Pengajian Islam Singapura (Pertapis), Pusat Kesihatan dan Penjagaan Muhammadiyah bagi Warga Tua (MHCC).



Pertapis dan MHCC menyertai bazar buat kali pertama, sementara RKM dan Masjid Khadijah telah berbuat demikian sebanyak dua kali.



Menurut laporan itu, setiap gerai disewa dengan harga antara $2,000 dengan $8,000, mengikut kategori tertentu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >