Bazar Geylang Serai tahun ini kembalikan banyak nostalgia
Hasil maklum balas pegerai dan pelanggan, WGS pastikan bazar dan suasana sekitarnya memenuhi cita rasa ramai
May 18, 2019 | 05:30 AM
DENGAN tema 'Datang beramai-ramai, pulang ke Geylang Serai', bazar Geylang Serai tahun ini tekad untuk membawa kelainan kepada pengunjung.
Ini menyusuli maklum balas yang tidak begitu positif daripada pegerai dan pengunjung dari tahun-tahun sebelumnya.