Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Hari Raya di Geylang Serai dan Kampong Glam kembali dianjurkan tahun ini

Mar 15, 2022 | 11:16 AM



SETELAH dua tahun, bazar Hari Raya Geylang Serai dan Kampong Glam akan kembali diadakan tahun ini. 



Demikian dedah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dalam satu catatan Facebook pada Selasa (15 Mac).



“Sudah dua tahun ini, kami terpaksa menyambut Ramadan dan Hari Raya kami di tengah-tengah pandemik dan masyarakat kami telah melakukan usaha yang hebat untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah.



“Sambil kita membuat peralihan kembali seperti biasa (sebelum pandemik), sukacita saya berkongsi bahawa pada tahun ini, kita akan menganjurkan Pengalaman Membeli-belah Hari Raya Geylang Serai di Wisma Geyalng Serai serta Souk Ramadan di Kampong Glam,” kata Dr Faishal yang juga merupakan penasihat WGS.  



Selain bazar Ramadan, beliau menambah penyalaan lampu Hari Raya juga bakal diadakan di kedua-dua lokasi, yang boleh dinikmati pengunjung sedang mereka berbelanja. 



Meskipun begitu, Dr Faishal menasihatkan orang ramai untuk untuk sentiasa patuhi Langkah Pengurusan Selamat yang ditetapkan pada setiap masa agar dapat terus menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua. 



Maklumat lanjut akan diumumkan dalam minggu-minggu mendatang di platform media sosial WGS dan “Visit Kampong Gelam”. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >