Bazar Hari Raya Geylang Serai dibatal lagi tahun ini, akan diadakan dalam talian, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Bazar Hari Raya Geylang Serai dibatal lagi tahun ini, akan diadakan dalam talian

Jan 13, 2021 | 12:15 PM

BAZAR Hari Raya Geylang Serai tahun ini akan terus dibatalkan.

Sebaliknya, ia akan terus berlangsung di dalam talian menggunakan satu wadah baru, menurut penganjurnya, Wisma Geylang Serai (WGS).

Menerusi satu kenyataan hari ini, WGS berkata mereka akan mengumumkan butiran lanjut kemudian.

“Dengan keadaan Covid-19 yang berubah-ubah, bazar dan pameran dagang fizikal yang biasanya menarik ramai orang tidak akan disambung.

“Bagi keselamatan dan kesejahteraan penduduk, Bazar Hari Raya Geylang Serai  yang dianjurkan WGS akan terus diadakan di dalam talian tahun ini menerusi satu wadah digital baru,” kata WGS.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Bazar di dalam talian itu bertujuan merai budaya dan warisan masyarakat Melayu/Islam, dengan menawarkan pelbagai pengalaman bagi segenap lapisan warga.

Orang ramai juga dapat terus menikmati lampu Hari Raya yang akan mewarnai Geylang Serai di Geylang Road dan Sims Avenue dari 9 April hingga 23 Mei.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map