Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Hari Raya OTH dirasmikan

May 18, 2019 | 10:01 PM



BAZAR Hari Raya Our Tampines Hub (OTH) yang diadakan buat tahun ketiga dan dilancarkan malam ini (Sabtu, 18 Mei) buat julung-julung kalinya mengambil pendekatan mesra alam,



Menjunjung tema Ayuh Sama- Sama Menuju Ke Arah Semangat Mesra Alam atau Let’s Go Green Together, ia memanfaatkan pendekatan yang dapat memelihara sekitaran, yang menjadi teras atau DNA hab bersepadu OTH ini.



Seawal perancangannya sehinggalah tatkala ia beroperasi buat masyarakat, pelbagai usaha digerakkan bagi memupuk kesedaran pengunjung dan penerimaan mereka terhadap pentingnya kepekaan terhadap sekitaran.



Ini termasuk dalam menggalak orang ramai agar menggunakan beg ‘biodegradable’ atau terbiodegradasikan, straw yang boleh dipakai semula mahupun membawa bekas makanan sendiri bagi meraih diskaun lima peratus.



Timbalan Perdana Menteri (DPM), Encik Heng Swee Keat, telah merasmikan bazar tersebut bersama rakan-rakannya yang merupakan Anggota Parlimen GRC Tampines.



Turut hadir adalah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air; Mayor Daerah North East, Encik Desmond Choo; Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Baey Yam Keng dan Anggota Parlimen, Cik Cheng Li Hui.



Dianggarkan sekitar 500 penduduk berdekatan dan pengunjung hadir di pelancaran bazar tersebut.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >