Bazar masyarakat sasar bantu golongan susah di Woodlands
Jun 12, 2016 | 05:30 AM
BAZAR raya yang dianjurkan hasil gotong-royong penduduk di utara negara bagi membantu golongan yang memerlukan telah dilancarkan di Woodlands semalam.
Bazar Raya Utara 2016 (BRU16) yang terletak di Pusat Serantau Woodlands bersebelahan pusat beli-belah Causeway Point itu dirasmikan oleh Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin, yang juga penasihat BRU16.