Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Raya di kawasan kejiranan lebih meriah dirancang

Mar 11, 2023 | 05:30 AM



BAZAR Hari Raya akan kembali ke kawasan kejiranan pada 2023 dengan lebih meriah - tidak hanya di Geylang Serai atau Kampong Glam sahaja - setelah sekatan Covid-19 ditarik balik.



Antara tempat-tempat tumpuan 'panas' termasuk di Tampines, Woodlands dan Jurong.



Dihubungi Berita Harian, beberapa ketua pertubuhan akar umbi yang terlibat dalam menganjurkan bazar-bazar Raya tahun ini menjangkakan lebih ramai pengunjung kali ini, kerana tiada sekatan seperti sewaktu tempoh pandemik.



Di Woodlands misalnya, Bazar Raya Utara kembali tahun ini dengan lebih gah dan meriah, dengan pengunjung dapat menikmati tawaran daripada sekitar 120 gerai menjual makanan dan keperluan Lebaran.



Pengerusi Penganjur Bazar Raya Utara, Encik Azriman Mansor. berkata:



"Tahun lalu, (bazar) utama ialah yang di Geylang Serai dan Kampong Gelam, tapi di Marsiling, kami adakan Bazar Ria yang lebih kecil.



"Tahun lalu juga kami tidak ada sebarang kawasan untuk pengunjung menikmati makanan disebabkan sekatan yang ada, tetapi tahun ini, ada tempat makan.



"Kami juga ada sekitar 120 penjual makanan dan runcit... dan juga food trak."



Gerai-gerai ini akan menawarkan makanan Melayu, Arab dan Cina, antara lainnya.



Di dalam bazar itu sendiri, tempat duduk yang boleh menempatkan sekitar 150 orang akan disediakan agar pengunjung dapat duduk sambil menikmati hidangan mereka dengan selesa.



Semarak Bazar Raya di Woodlands, Tampines dan Jurong West



Bazar Raya Utara akan berlangsung dari 21 Mac hingga 19 April, dengan pelancaran rasminya pada Sabtu, 25 Mac ini.



Majlis pelancaran itu yang dianjurkan bersama oleh GRC Marsiling dan GRC Sembawang, akan mengetengahkan beberapa persembahan termasuk tarian dan dikir barat.



Encik Azriman berkata, sebahagian mereka yang bakal membuat persembahan merupakan penduduk dan pelajar di kawasan Marsiling itu sendiri.



Bazar Raya Utara bertempat bersebelahan pusat beli-belah Causeway Point dan mudah diakses orang ramai.



"Kita mahu pastikan bazar tahun ini dibuat dengan besar-besaran, lebih-lebih lagi kerana ini merupakan tahun pertama setelah sekatan Covid-19 ditiadakan.



"Lagi pula, terdapat ramai penduduk Melayu/Islam di kawasan utara ini," kata Encik Azriman.



Lebih 80 peratus gerai makanan di sana menyediakan makanan dan minuman halal, tambahnya.



Selain Woodlands, satu lagi 'hot spot' bagi bazar Raya ialah di kawasan perumahan Tampines.



Bazar Ramadan Tampines Changkat yang terletak di kolong blok Blok 301 Tampines Street 32 bakal kembali lagi tahun ini.



Dianjurkan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) di Kelab Masyarakat Tampines Changkat, bazar itu mengetengahkan gerai makanan yang dikendalikan penduduk Tampines sendiri.



Menurut Pengerusi MAEC Tampines Changkat, Cik Nurul Aini Mohamed, bazar tersebut sudah diadakan sejak 2012.



Namun, semasa pandemik Covid-19, bazar tidak diadakan dan kali terakhir ia diadakan ialah pada 2019.



Cik Nurul Aini berkata mereka memutuskan untuk mengadakan lagi bazar tersebut kerana mahu menyediakan wadah bagi penduduk, termasuk mereka yang menjalankan perniagaan dari rumah (HBB) peluang untuk mendapatkan pendapatan tambahan sempena musim perayaan.



Satu lagi bazar Raya di Tampines akan bertempat di Our Tampines Hub (OTH).



Berlangsung dari 1 April hingga 19 April, bazar tersebut akan turut mempunyai gerai-gerai yang dikendalikan beberapa kedutaan termasuk Jordan, Indonesia dan Jepun.



Pengurus Besar OTH, Encik Noriman Ali Salam, memberitahu Berita Harian bahawa terdapat sekitar 50 gerai di bazar tersebut yang akan terletak di merata OTH termasuk Central Plaza, Festive Market dan Festive Walk.



Buat masa ini, sekitar 60 hingga 70 peratus gerai sudah pun ditempah.



Sebanyak 10 peratus daripada mereka yang menempah termasuk penduduk Tampines sendiri, katanya.



"Kami juga akan bekerjasama dengan Masjid Darul Ghufran yang terletak hanya bersebelahan, untuk mengagihkan bubur sepanjang Ramadan.



"Setiap hari selepas Asar, kami akan agihkan bubur daripada masjid kepada orang ramai," tambah Encik Noriman.



Di kawasan Jurong pula, bazar raya akan diadakan di hadapan Blok 496 Jurong West Street 41.



Naib Pengerusi MAEC Jurong Green CC dan ahli jawatankuasa Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Jurong Central, Cik Siti Mariam Selamat, PBM, berkata sekitar 40 hingga 50 gerai akan menjual makanan dan keperluan Raya termasuk kuih Raya.



"Ini juga wadah bagi orang ramai datang bersama untuk menyambut (Ramadan dan Raya).



"Kalau ada teman-teman Cina atau India, boleh juga bawa mereka dan perkenalkan mereka dengan makanan-makanan yang sering dinikmati pada bulan puasa," ujar beliau.



Laporan lanjut: Ghairah niaga di bazar Raya meski perlu tangani isu pekerja, kos tinggi




"Kami juga akan bekerjasama dengan Masjid Darul Ghufran yang terletak hanya bersebelahan, untuk mengagihkan bubur sepanjang Ramadan.

"Setiap hari selepas Asar, kami akan agihkan bubur daripada masjid kepada orang ramai."

- Encik Noriman, Pengurus Besar Our Tampines Hub.



"Ini juga wadah bagi orang ramai datang bersama untuk menyambut (Ramadan dan Raya).

"Kalau ada teman-teman Cina atau India, boleh juga bawa mereka dan perkenalkan mereka dengan makanan-makanan yang sering dinikmati pada bulan puasa."

- Cik Siti Mariam Selamat, Naib Pengerusi MAEC Jurong Green CC dan ahli jawatankuasa Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Jurong Central.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >