Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Raya diadakan semula di Kampong Glam

Mar 26, 2022 | 05:30 AM



SETELAH dua tahun menyepi, bazar Raya di Kampong Glam kembali lagi tahun ini, menyajikan 22 gerai menjual pelbagai juadah, daripada tradisional hingga modern.



Diberi nama Walk Thru Souq, ia akan diadakan di Kandahar Street selama sebulan dari 1 April hingga 1 Mei.



Bazar itu dianjurkan Persatuan One Kampong Gelam (OKG) dengan kerjasama Lazada Singapore dan syarikat pengurusan acara LalooLalang.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), jurucakap OKG berkata gerai bazar tersebut telah ditempah penuh oleh peniaga menjelang 15 Mac, menyusuli kelulusan daripada Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) pada lewat bulan lalu.



Ketika ditemui BH semalam, pasangan selebriti Huda Ali dan Den Sabari, yang mengendalikan LalooLalang, berkata pengunjung boleh menjangka makanan yang "membawa kembali semangat Ramadan" seperti dendeng, lemang, sate, dan sebagainya.



Acara itu turut melibatkan penyertaan perniagaan makanan seperti Chulop!, Kream, Broti dan T Bob's Corner.



"Kami mahu keseimbangan adil antara makanan tradisional dan hipster," kata Den.



Huda menambah bahawa konsep bazar itu akan memudahkan pengalaman memandangkan orang ramai hanya perlu berjalan di satu laluan lurus "tanpa keliru pusing sini sana demi mencari gerai".



Setiap zon bazar itu akan mempunyai satu tempat masuk dan satu tempat keluar.



Walk Thru Souq sebahagian daripada kempen lebih besar, Cinta Cahaya Ramadan @ Kampong Gelam, yang akan diadakan dari 1 April hingga 8 Mei.



Selain bazar fizikal, kempen itu akan antara lain menampilkan pertunjukan cahaya di permukaan Masjid Sultan, bengkel dan lawatan di sekitar Kampong Glam serta kegiatan dalam talian.



Selain bertujuan menarik lebih ramai pengunjung ke Kampong Glam, kempen itu ingin menyemarakkan dan menghidupkan lagi tawaran pengalaman di Kampong Glam bagi warga tempat mahupun luar negara.



Sekatan yang dikenakan demi mengekang penularan Covid-19 mengurangkan jumlah pengunjung dan perniagaan di Kampong Glam sepanjang dua tahun lalu.



Pengerusi OKG, Encik Muhammad Zaki Ma'arof, berkata acara seperti bazar akan menambah nilai Kampong Glam, lebih-lebih lagi pada bulan istimewa seperti Ramadan.



"Ini sebahagian daripada tanggungjawab kami, jadi kami berusaha gigih untuk mengembalikan nilai sejarah kawasan ini... menjadikan ia tempat ingin dikunjungi orang ramai berkali-kali," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >