Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Raya dibatal: Pengunjung, peniaga hampa tapi faham

Jan 16, 2021 | 05:30 AM



BAZAR Raya dibatalkan sekali lagi di tengah-tengah pandemik Covid-19 menyebabkan kehampaan dalam kalangan pengunjung bazar.



Namun, mereka memahami langkah itu dan akan terus menyokong perniagaan tempatan.



Antaranya, Encik Muhammad Khairi Md Nassir, 35 tahun, yang "rasa sayu kerana sudah dua tahun tidak merasa suasana riang dan riuh bazar" untuk membuat persiapan Aidilfitri.



Bagaimanapun, paramedik itu akur langkah ini diambil demi membendung penularan wabak koronavirus.



Encik Khairi menambah beliau akan cuba menyokong mereka yang berniaga dalam talian, "tidak kira dari segi jualan atau apa-apa pun".



Sependapat, Cik Mardiana Kassim, 58 tahun, berkata kemeriahan Ramadan dan Aidilfitri akan kurang dirasai tahun ini.



"Tetapi, kesian juga melihat para penjaja bazar yang mana perniagaan mereka akan terjejas," tambah penyusun buku di perpustakaan itu.



Kelmarin, penganjur Bazar Hari Raya Geylang Serai, Wisma Geylang Serai, mengumumkan bazar tahunan itu akan diadakan dalam talian tahun ini menerusi satu wadah digital baru.



Sementara itu, pegerai bazar yang dihubungi Berita Harian berkata mereka telah menjangkakan pembatalan bazar Raya tahun ini dan kini membuat penyesuaian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >