Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Raya Geylang sajikan lebih makanan tradisional; kos sewa gerai dihadkan

Mar 28, 2019 | 02:17 PM



PELBAGAI peningkatan akan dibuat kepada Bazar Raya Geylang Serai tahun ini demi memenuhi citarasa segenap lapisan masyarakat dalam meraikan Ramadan dan Hari Raya.



Demi menangani isu kos sewa gerai yang tinggi sejak beberapa tahun lalu, kos sewa akan dihadkan kepada $14,000 tahun ini, umum Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar) Dr Mohamad Maliki Osman dalam satu sidang media di Wisma Geylang Serai (WGS) tadi.



Selain itu, lebih banyak barangan keperluan khusus bagi Ramadan dan Hari Raya serta makanan tradisional Melayu akan ditawarkan di bazar itu tahun ini, dengan semua makanan yang dijual adalah halal.



Buat julung-julung kalinya, bazar di Geylang Serai itu akan diselaraskan WGS.



Menjelaskan had kos sewa gerai yang diperkenalkan tahun ini, Dr Maliki berkata berdasarkan maklum balas peniaga yang diterima, beliau mendapati ramai yang mengeluh dengan harga sewa yang terlalu tinggi tahun lalu.



"Mereka mengatakan pada 2017, paling tinggi $15,000 tapi tahun lalu, naik kepada $20,000. Mereka mengatakan $15,000 mungkin boleh jadi bisnes tapi $20,000 agak terlalu tinggi bagi mereka. Jadi kami mengambil kira maklum balas ini dan kami telah membuat keputusan memberi bimbingan kepada para vendor kami. 



"Tahun ini, sewa paling tinggi untuk setiap gerai tidak boleh melebihi $14,000.... Tapi ini tidak bermakna semua gerai akan mempunyai sewa $14,000 kerana ia bergantung dengan permintaan dan bekalan, ruang dan lokasi gerai tersebut," kata beliau, yang juga mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East dan anggota panel penasihat WGS.



Tender bazar itu telah dianugerahkan kepada Orange Travel dan Enniche Global Trading - konsortium terdiri daripada Enniche Events, Happy Fun Fair Events dan KB Live Fest - pada minggu lalu, dengan sekitar 500 hingga 700 gerai akan disediakan di bazar itu.



Gerai tersebut akan terletak sekitar kawasan WGS, di Geylang Road dan depan pasar Geylang Serai. Bazar Raya Geylang Serai 2019 akan dibuka secara rasmi pada 3 Mei sempena penyalaan Lampu Hari Raya sehingga 5 Jun.



Bazar kali ini akan menampilkan suasana kampung dan beberapa tema di kawasan yang berbeza, misalnya lorong khas yang akan menjual kuih-muih Melayu di kawasan WGS.



 



Bagi gerai makanan, 60 peratus daripadanya akan menampilkan makanan tradisional dan bakinya makanan hipster/kontemporari. 





Bagi gerai barangan pula, 80 peratus daripadanya akan diperuntukkan bagi barangan khusus untuk Hari Raya.



Orang ramai juga boleh menjangkakan lebih banyak ruang antara gerai dan laluan berjalan lebih besar serta lebih banyak ruang untuk pengunjung duduk berehat dan berbuka puasa bersama.



"Dari segi pengalaman, ramai mengatakan mereka merasakan bazar ini kurang memberi perasaan nostalgia, Geylang Serai masa silam, bazar masa silam. Kami akan cuba memberikan pengalaman tersebut sekali lagi. 



"Dalam pada masa yang sama, kami mendapat maklum balas daripada anak-anak muda kita bahawa mereka juga gembira melihat gerai hipster, gerai yang memberikan barangan baru. Jadi, kita harus memberi satu keseimbangan tentang apa yang kami akan adakan sebagai wadah untuk pengunjung," kata Dr Maliki.



Tahun lalu, sekitar 1.86 juta orang mengunjungi bazar di Geylang Serai, dengan 76 peratus daripada mereka merupakan rakyat Singapura segenap lapisan masyarakat.



Dr Maliki berharap bazar tahun ini dapat memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung dan pihaknya juga akan melihat bagaimana mempertingkat bazar untuk masa akan datang untuk memenuhi citarasa masyarakat yang berubah berdasarkan maklum balas yang akan diterima.



"Apa yang ingin kami lakukan ialah memastikan bahawa Geylang Serai dan bazar Geylang Serai menjadi tarikan kepada semua lapisan masyarakat, bukan saja masyarakat Melayu/Islam semua lapisan usia, tetapi kami juga ingin terus menggalak mereka yang bukan daripada masyarakat Melayu/Islam kita (untuk datang ke bazar)," kata beliau. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >