Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Raya WGS bakal muatkan lebih 200 gerai bertema

Apr 24, 2018 | 05:30 AM



PENGUNJUNG Bazar Hari Raya Wisma Geylang Serai (WGS) boleh menikmati lebih 200 gerai bertema dalam kawasan yang dinamakan antaranya 'Bintang Walk', 'Lorong Kuih Raya', 'Medan Selera' dan 'Lap Lip Street'.



Hamparan permaidani pula menjadi lantai bazar yang akan diadakan dari 12 Mei hingga 15 Jun itu.



Tarikan tersebut akan mewarnai bazar pertama di WGS hasil cetusan idea Orange Events & Media Pte Ltd, yang dilantik mengendalikan bazar.



"Kami ingin menaikkan taraf bazar di Geylang Serai dengan memberikannya sentuhan lebih tersusun, tempat pejalan kaki yang luas dengan hamparan permaidani dan hiasan segar berwarna-warni bagi gabungan kegemilangan lama dan glamor masa kini," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Orange Events & Media, Encik Syah Ibrahim.



'Bintang Walk' di atrium WGS akan menampilkan gerai selebriti setempat dan serantau yang menjual produk fesyen, kecantikan dan makanan.



Menurut Encik Syah, pihaknya masih berunding dengan beberapa selebriti yang menunjukkan minat menyewa gerai itu.



Bersebelahan 'Bintang Walk' ialah 'International Walk' yang akan menyediakan gerai dikendalikan peniaga luar negara hasil kerjasama dengan kedutaan.



Membeli kuih raya menjadi lebih mudah di 'Lorong Kuih Raya', membolehkan pengunjung membeli pelbagai biskut dan cemil-cemilan di bawah satu bumbung.



Selepas penat membeli-belah, pengunjung boleh memilih makanan berbuka puasa di 'Medan Selera' yang menawarkan makanan halal.



"Buat kali pertamanya, kami juga menyediakan ruang buat pengunjung berbuka puasa dengan selesa.



"Kami berharap dapat menyediakan kerusi meja bagi 100 hingga 200 orang.



"Berdasarkan pengamatan kami, mereka yang membeli-belah semasa waktu berbuka di bazar Geylang Serai sebelum ini tidak mempunyai tempat khusus menjamu selera hingga mereka terpaksa duduk di tepi gerai. Surau juga disediakan dalam WGS bagi mengerjakan solat," kata Encik Syah.



Lebih 70 peratus gerai itu telah pun disewakan dari harga $5,000.



Gerai yang masih boleh disewakan ialah gerai lampu lap-lip dan kuih raya.



"Kami menimbangkan memberi kadar istimewa kepada mereka yang mempunyai produk segar dan kreatif demi memberikan kelainan kepada Bazar Raya ini," ujar Encik Syah, yang menggalak peniaga menghubungi pihak Orange atau memeriksa laman Facebooknya di 'OrangeSG'.



Gerai yang disediakan termasuk unit kedai tingkat satu dan dua di WGS.



Ruang itu belum berpenghuni dan sesuai disewa semasa bazar diadakan oleh pemilik butik atau peniaga yang mempunyai jenama.



WGS pusat bersepadu yang menempatkan Kelab Masyarakat (CC) Geylang Serai, Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, kemudahan seni, galeri warisan Melayu, pusat penjagaan warga emas serta kanak-kanak, pusat khidmat keluarga dan ruang runcit.



WGS juga akan bekerjasama dengan CC Geylang Serai bagi acara penyalaan lampu Hari Raya pada 12 Mei ini.



"Kami merancang mengadakan lebih banyak kejutan bagi menjadikan Bazar Hari Raya WGS menjadi pengalaman menarik.



"Harapan pengunjung tinggi dan Orange akan memberi segala tumpuan bagi memastikan kejayaan itu," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >