Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Raya Wisma Geylang Serai bermula 2 April

Mar 19, 2022 | 03:50 PM



BUAT kali pertama selepas dua tahun, Wisma Geylang Serai (WGS) akan menyambut orang ramai ke acara bazar Hari Raya yang akan bermula Sabtu 2 April.



Acara yang diberi nama Pengalaman Beli-Belah Hari Raya Geylang Serai (GSHRSE) itu akan menyediakan “platform bagi peniaga dan pembeli untuk mengalami pengalaman serupa dengan Bazar Hari Raya Geylang Serai sebelum Covid sambil melaksanakan langkah pengurusan selamat yang diperlukan,” menurut satu kenyataan WGS semalam.



“Tujuannya adalah untuk menyediakan satu pengalaman yang selamat, teratur dan menarik bagi pengunjung menerusi pemilihan gerai yang bertema dan campuran perniagaan yang berkaitan rapat dengan Ramadan Hari Raya,” kata WGS.



Acara itu akan diadakan selama 31 hari dari Sabtu 2 April hingga Isnin 2 Mei dan akan beroperasi dari 1 petang hingga 11 malam.



Dua zon akan disediakan - di dewan tertutup di tingkat satu WGS, dan di bahagian luar depan bangunan WGS.



Acara itu akan dikendalikan oleh Orange Travel yang memenangi tender dengan saranan konsep ‘Taman Mekar Kisah Dongeng’.







 



Daripada sejumlah 40 gerai yang disediakan, sebanyak lapan merupakan gerai makanan halal, manakala 32 gerai akan menjual produk perayaan, fesyen, dan produk lain.



Ketua Penasihat WGS, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata: “Sedang kita beransur kembali kepada keadaan biasa, WGS berharap untuk membawa semangat perayaan kepada masyarakat dengan pengalaman beli-belah di Geylang Serai untuk mengiringi cahaya lampu yang dipasang Jawatankuasa Perundingan Rakyat Geylang Serai, Kembangan Chai Chee dan Marine Parade.”



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >