Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BBSG rayu lebih banyak barangan makanan mudah disediakan diderma

Dec 07, 2019 | 05:56 PM



HAMPER makanan telah mula diagihkan sebagai sebahagian projek amal Boys' Brigade Share-a-Gift (BBSG) 2019.



Lebih 350 sukarelawan telah dikerah tahun ini bagi mengagihkan hamper tersebut yang mengandungi barangan makanan asas seperti beras, minuman dan makanan halal dalam tin kepada 33,931 penerima.



Namun, BBSG merayu agar lebih banyak barangan makanan yang mudah disediakan (easy-to-prepare) didermakan agar lebih ramai penerima dapat dibantu.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, BBSG berkata mereka telah bekerjasama dengan hampir 120 pekerja sosial untuk mengenal pasti barangan makanan yang diperlukan penerima bantuan dan mendapati ramai daripada mereka yang mahukan barangan makanan mudah disediakan.



Ini termasuk makanan halal dalam tin, mi segera dan biskut.



"Pada masa ini, kami telah mencapai 38 peratus sasaran Permintaan Umum dan ingin menggalak masyarakat mengambil bahagian secara aktif dalam usaha amal ini dengan menyumbang lebih banyak makan halal dalam tin seperti cendawan, tuna dan kari, mi segera dan biskut, serta menyertai kami dalam memberi hamper makanan ini kepada mereka yang kurang bernasib baik," ujar Encik Henry Tan, pengerusi BBSG 2019.



Barangan makanan boleh didermakan di tempat kutipan BBSG yang terletak di 12 cawangan NTUC FairPrice di seluruh negara dari sekarang hingga 18 Disember 2019.



Orang ramai juga boleh mengambil bahagian dalam projek ini dengan membantu mengagihkan hamper makanan dari ibu pejabat Boys' Brigade dari 9 hingga 28 Disember 2019 (tidak termasuk hari sebelum dan pada cuti umum).



Sesi pengagihan berlangsung setiap hari pada 11 pagi, 1 tengah hari dan 3 petang. 10 kereta diperlukan bagi setiap slot pengagihan.



Mereka yang mahu mengambil bahagian boleh mendaftar di www.bbshare.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >