PIHAK berkuasa di sini akan meningkatkan usaha memeriksa lif penumpang dan mengkaji semula peraturan dan langkah setelah beberapa insiden lif berlaku baru-baru ini.
Dalam sebuah pos Facebook semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, berkata beliau telah meminta Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) agar menjalankan langkah yang sewajarnya.