Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BCA arah henti kerja bagi projek BTO di Clementi selepas tanah runtuh

Sep 03, 2022 | 05:30 AM



PENGUASA Bangunan dan Binaan (BCA) telah mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada pekerja di tapak binaan projek Bina Ikut Tempahan (BTO) Clementi NorthArc menyusuli satu kejadian tanah runtuh dekat kawasan itu awal pagi semalam.



"Sebagai langkah segera, Pembina dan Jurutera Profesional perlu menjalankan langkah penstabilan cerun serta memasang alat pemantauan untuk memantau pergerakan tanah.



"Sementara itu, BCA telah mengeluarkan Arahan Berhenti Bekerja bagi kawasan yang terjejas. Kerja bagi bangunan itu, yang tidak terjejas, boleh diteruskan," ujarnya.



Kejadian itu telah menyebabkan kerosakan kepada Penghubung Taman Ulu Pandan dekat Clementi Avenue 6, yang terletak dekat projek BTO Clementi NorthArc yang hampir siap.



Projek itu sebelum ini telah ditangguhkan hingga Mac tahun depan, dari pertengahan kedua tahun ini.



Menurut kenyataannya menerusi laman Facebook malam tadi, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata mereka akan memaklumkan pembeli flat sekiranya terdapat perubahan kepada tarikh flat mereka siap.



BCA berkata jurutera agensi itu dan jurutera HDB telah menilai bangunan sekitar kawasan itu dan mengesahkan ia kekal kukuh dari segi struktur.



HDB berkata kejadian itu berlaku di bahagian tepi tapak binaan itu, di mana sebuah tembok sedang dibina sebagai persiapan untuk membina gelanggang bola keranjang dan pavilion di kawasan itu pada masa akan datang.



Tambahnya, kawasan yang terjejas di tapak binaan itu tidak dekat dengan blok perumahan projek tersebut, menghadap Terusan Ulu Pandan dan Rangkaian Penghubung Taman.



Laporan lanjut: Pemohon BTO bimbang perlu tunggu lebih lama dapatkan flat baru




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >