BCA perkenal langkah perketat penyenggaraan, pertingkat keselamatan lif
Jun 17, 2016 | 05:30 AM
MENYUSULI beberapa kemalangan berkaitan lif, Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) akan memperketat beberapa peraturan meningkatkan kebolehpercayaan dan keselamatan lif.
Ini termasuk penyenggaraan lif dan penguatkuasaan yang lebih ketat serta sistem permit operasi baru.