Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BCA siasat kes kereta kabel jatuh semasa ujian di Sentosa

Aug 11, 2014 | 06:34 PM



PENGUASA Bangunan dan Pembinaan (BCA) sedang menyiasat kes kejatuhan kereta kabel.


Kawasan kejadian turut ditutup oleh para pengawal keselamatan Sentosa selepas kejadian tersebut.


Seorang pelancong dari America Syarikat, memberitahu bahawa tempat tersebut sudah "dikawal dengan ketat".


Jalan Imbiah Walk yang hampir selari dengan laluan di pantai Siloso sudah tidak boleh dilalui oleh kenderaan-kenderaan dan para pelawat.


Sebuah kereta kabel yang tidak mempunyai penumpang jatuh di tapak pembinaan di sepanjang Imbiah Walk berhampiran Underwater World di Sentosa semalam.


Kereta kabel tersebut terjatuh dari ketinggian lapan tingkat bersamaan 20 meter ke tapak pembinaan yang berada di bawah.


Sebuah lagi kereta kabel yang berdekatan telah terhenti di pertengahan jalan dengan seorang penyelia teknikal terperangkap di dalam selama dua setengah jam.


Kejadian itu berlaku pada laluan yang sedang dibina di pulau itu, bukan di laluan kereta kabel sedia ada yang menghubungkan Sentosa ke Bukit Mt Faber, kata pihak Sentosa dalam satu kenyataan.


Kerja-kerja pemasangan sedang dilakukan pada masa kejadian.


Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah menerima panggilan pada pukul 4:25 petang dan hanya sampai ke tempat kejadian selepas pukul 4:30 petang.


SCDF telah menggunakan sebuah kereta bomba, kenderaan kecemasan "Red Rhino", ambulan, perkakas udara dan Pasukan Penyelamat dan Bantuan Bencana (DART).


Selepas pemeriksaan oleh SCDF dan jurutera-jurutera tapak pembinaan, kereta kabel kedua telah dipindahkan dengan selamat ke stesen Imbiah tanpa sebarang kecederaan, kata seorang jurucakap dari SCDF.


Jurucakap dari pihak Sentosa pula berkata syarikat itu sedang bekerjasama rapat dengan kontraktor mengenai insiden ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >