BCA umum peraturan lebih ketat senggara lif, tangga bergerak
Jul 09, 2016 | 05:30 AM
DI bawah peraturan baru bagi meningkatkan mutu keselamatan, setiap tangga bergerak kini perlu disenggara sekurang-kurangnya sebulan sekali dan pemiliknya perlu mendapatkan permit operasi daripada Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) - serupa dengan peraturan bagi lif.
Semasa mengumumkan peraturan baru yang lebih ketat itu semalam, BCA juga memberi butiran peraturan lebih ketat bagi penyenggaraan lif yang diumumkan sebelum ini.