Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIRI LAPORAN ANTIDADAH Kerjasama antara Berita Harian/Minggu dengan Biro Narkotik Pusat (CNB)

'Bebas' e-teg, serik dan bertekad tumpu pada keluarga

Feb 23, 2020 | 05:30 AM



ORANG pertama yang menanyakan apa benda yang terikat di buku lalinya tidak lain tidak bukan - anaknya sendiri.



Sambil beliau cuba untuk elak mengulas lebih lanjut, Encik Danial (bukan nama sebenar) menjawab bahawa ia hanya sebahagian daripada pekerjaan beliau.



Detik itulah yang menjadi antara peringatan perit bagi bapa enam anak itu yang bertekad tidak mahu melihat anaknya mengikuti jejak langkahnya yang terjerumus ke dalam dunia gelap dulu.



Jumaat lalu, Encik Danial akhirnya menjadi insan bebas setelah teg elektronik atau e-teg yang mendampinginya selama sembilan bulan dibuka.



"Perasaan saya begitu gembira sekali. Hari dan masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Akhirnya saya pun dah digelar bebas," katanya sambil tersenyum.



Ketika ditemui Berita Minggu (BM), Encik Danial berkata beliau sudah serik, dan mahu memastikan pemberkasannya yang kedua itu menjadi igauan pahitnya yang terakhir.



Beliau, yang diberkas disebabkan kesalahan dadah, berkongsi beliau bertindak sedemikian kerana tidak dapat menanggung tekanan yang dihadapi.



"Saya menghadapi masalah keluarga, rumah tangga. Saya terlalu stres. Saya tak boleh tahan lagi jadi saya mula ambil dadah," ujarnya yang mengambil dadah ice.



Namun, Encik Danial berkata hubungan keluarganya kini lebih kukuh, dan antara perkara yang membantu adalah skim petempatan di rumah yang membenarkan beliau untuk keluar bekerja walaupun perlu memakai e-tag.



Dengan teg elektronik tersebut, Encik Danial perlu mengikuti perintah berkurung yang ditetapkan, iaitu untuk berada di rumah dua jam sebelum dan sesudah waktu kerjanya.



"Ia banyak membantu. Kalau saya banyak habiskan masa dekat luar saya akan lebih terpengaruh. Tapi sebab ia wajib untuk saya berada di rumah, dan putuskan hubungan dengan dunia luar, dari situ saya berfikiran lebih matang.



"Kalau di rumah, saya dapat habiskan masa bersama keluarga... Sekarang hubungan kami lebih baik," kata pemandu penghantaran logistik itu yang tinggal di rumah sewa satu bilik.



Ketika ditanya sama ada e-teg itu mengganggu kehidupan hariannya, Encik Danial dengan pantas berkata ia sama sekali tidak.



Sebaliknya, ia menjadikannya lebih berdisiplin.



Meskipun akur bahawa orang luar mungkin memandang serong terhadapnya lebih-lebih lagi dengan adanya e-tag tersebut, Encik Danial berkata beliau tidak mengendahkan hal tersebut, dan memberi tumpuan kepada memperbaiki diri sendiri.



Dalam pada itu, beliau memakai seluar yang dapat menutup tag elektronik itu daripada kelihatan.



Buat masa ini, Encik Danial ingin memberi tumpuan kepada keluarganya.



"Sejak mula saya diletakkan di penjara, dan setelah melihat sokongan dan pengorbanan keluarga saya terutamanya orang rumah saya... fikir balik, sangat sedih apa yang saya dah buat.



"Dulu hidup saya susah... kini sebagai seorang bapa, saya akan berusaha untuk memenuhi apa yang anak-anak saya mahukan," ujarnya.




Sejak mula saya diletakkan di penjara, dan setelah melihat sokongan dan pengorbanan keluarga saya terutamanya orang rumah saya... fikir balik, sangat sedih apa yang saya dah buat. Dulu hidup saya susah... kini sebagai seorang bapa, saya akan berusaha untuk memenuhi apa yang anak-anak saya mahukan.
- Encik Danial (bukan nama sebenar).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >