Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa agensi pemerintah, M³ jalin kerjasama

Kerjasama libatkan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Pendaftaran Pernikahan Orang Islam
Apr 27, 2019 | 05:30 AM



USAHA menyokong keluarga Melayu/Islam dalam setiap detik penting kehidupan mereka akan terus dipertingkat dengan penglibatan lebih banyak agensi pemerintah bekerjasama dengan rangkaian M Kuasa Tiga (M³).



Mendedahkan demikian, Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata agensi-agensi pemerintah itu bersedia berganding bahu bagi menyokong keluarga Melayu/Islam dalam mengharungi setiap detik kehidupan mereka.



Agensi yang terlibat termasuk Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (Ecda), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM).



"Dengan kerjasama ini, kita dapat mempergiat usaha untuk membantu keluarga yang memerlukan.



"Lebih penting, kita dapat berkongsi maklumat atau nota antara satu agensi dengan agensi yang lain," kata Dr Faishal.



Beliau turut mengumumkan bidang tumpuan pertama M³ - yang merangkumi Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Menurutnya, M³ akan memberi pengkhususan kepada perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak.



Bidang tumpuan itu akan dipimpin Dr Faishal sendiri.



"Di bawah bidang tumpuan ini, kami mahu membangunkan keluarga yang kukuh, memastikan adanya proses keibubapaan yang baik dan padat selain memberikan permulaan yang baik bagi setiap kanak-kanak, tidak kira latar belakang," ujarnya.



Dr Faishal turut menerangkan pihaknya kini sedang meneroka kerjasama dengan Yayasan Temasek dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) untuk meninjau bagaimana membantu menawarkan jagaan holistik bagi pasangan muda dan anak-anak mereka.



Ini termasuk semasa detik-detik penting kehidupan dari sebelum berkahwin, sebelum hamil, semasa hamil dan sesudah melahirkan serta campur tangan awal jika diperlukan.



"Inilah konsep sokongan berterusan atau continuum of care yang ingin kita terapkan," katanya lagi.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, kededua jurucakap Ecda dan MSF menyambut baik usaha kerjasama itu.



"Kami amat mengalu-alukan kerjasama dengan agensi M³ demi menyokong pembangunan awal kanak-kanak," kata jurucakap Ecda.



Sementara itu, jurucakap MSF berkata usaha kerjasama itu akan memudahkan mereka yang memerlukan mendapat akses kepada program yang ada.



"Kerjasama antara pemerintah, agensi masyarakat dan M³ akan memastikan individu dan keluarga mempunyai akses mudah kepada program dan khidmat bagi setiap peringkat kehidupan yang berbeza - sama ada persediaan perkahwinan, memulakan keluarga, atau menjadi ibu bapa kepada anak-anak kecil," kata jurucakap MSF.



Fokus pertama M³:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >