Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:14

Beberapa calon berpotensi PAP sudah mula bergiat di akar umbi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Beberapa calon berpotensi PAP sudah mula bergiat di akar umbi

Apr 20, 2014 | 06:05 PM

BEBERAPA muka baru yang berpotensi dipilih menjadi calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah pun mula menjalankan kerja-kerja akar umbi mendekati penduduk demi memahami keperluan mereka.

Namun, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, pihak PAP belum lagi bersedia mengumumkan mereka sebagai calon.

Ini diumumkan beliau semasa acara perasmian pusat Jawatankuasa Penduduk (RC) Toa Payoh East Zon 2 tengah hari tadi.

Dr Ng berkata, berdasarkan pilihan raya umum lalu, ramai warga Singapura telah menyuarakan maklum balas bahawa mereka lebih memilih calon-calon yang telah meluangkan masa bersama penduduk sebelum pilihan raya diadakan.

Ini agar calon-calon dapat mengenal penduduk dengan lebih rapat manakala penduduk pula boleh menilaikan sama ada mereka boleh berkhidmat dengan baik.

Encik Ng menambah mereka juga cuba mencari calon berpotensi yang mempunyai rekod dalam perkhidmatan setelah pilihan raya lalu, namun ia tidak selalu mungkin dapat dicari.

Antara mereka yang sudah bergiat itu termasuk pakar ekonomi, Encik Saktiandi Supaat (baju biru) dan Encik Chong Kee Hiong, ketua pegawai eksekutif (CEO) OUE Hospitality.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3