Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

USAHA MENENTANG OMICRON

Beberapa firma masih minta MC; bimbang pekerja ambil kesempatan...

Feb 24, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA syarikat di sini masih memerlukan pekerja yang dijangkiti Covid-19 tetapi tiada gejala atau mengalami gejala ringan untuk mendapatkan sijil perubatan (MC), sebahagian besarnya kerana mereka bimbang tentang isu ponteng kerja.



Ini walaupun pemerintah kelmarin menggesa semua majikan di sini agar tidak meminta MC dari pekerja yang diuji positif kerana sistem penjagaan kesihatan terus menghadapi tekanan dek jangkitan yang meningkat di tengah-tengah gelombang Omicron ini.



Beberapa majikan memberitahu Berita Harian (BH) bahawa mereka prihatin pekerja mungkin akan ambil kesempatan sistem "rehat di rumah apabila positif" untuk ponteng kerja, dengan ada mempersoalkan bagaimana untuk memastikan keputusan ujian pantas antigen (ART) yang diberikan adalah benar-benar milik pekerja itu dan bukan orang lain.



Majikan, kesatuan alu-alu gesaan pemerintah, tetap prihatin



Pengarah syarikat 4Riz Services, Cik Nur Sarah Mahat, berkata syarikatnya buat masa ini masih memerlukan pekerja yang dijangkiti Covid-19 untuk mendapatkan MC kerana ia bukti penting yang menunjukkan mereka benar-benar dijangkiti virus itu dan untuk membolehkan mereka mendapat cuti sakit berbayar.



Namun, memandang ke hadapan, syarikat itu akan membincangkan prosedur untuk membolehkan pekerja yang mengalami gejala ringan atau tiada gejala untuk tidak perlu ambil MC dan mengasingkan diri di rumah sehingga mereka diuji negatif mengikut protokol yang disediakan pemerintah.



"Ia bergantung pada kepercayaan terhadap pekerja. Bukan kita tak percaya pekerja kita, tetapi majikan juga prihatin ada pekerja yang akan salah guna protokol itu untuk ponteng kerja.



"Tetapi kita akan berbincang untuk berikan kelonggaran kepada pekerja yang benar-benar dijangkiti untuk asingkan diri di rumah sehingga diuji negatif tanpa perlu dapatkan MC," kata beliau.



Di bawah Protokol 2 garis panduan kesihatan, individu yang diuji positif bagi Covid-19 tetapi dalam keadaan sihat perlu mengasingkan diri di rumah bagi tempoh 72 jam pertama dan tidak perlu mendapatkan MC. Mereka perlu mengambil ART selepas tempoh itu, dan mengakhiri pengasingan diri setelah mendapat keputusan negatif.



Mengongsi pandangan, Pengarah Urusan Marine & Offshore Integrated Logistics, Encik Mohamed Ali Abdul Gafor, berkata banyak syarikat masih mendesak kakitangan diuji di pusat ujian digabungkan atau memastikan ujian mereka dilakukan karyawan perubatan dan mendapatkan MC untuk ketidakhadiran mereka demi mengelakkan kakitangan daripada menyalahguna sistem "rehat di rumah apabila positif".



Ini terutamanya sedang kenaikan jumlah kes jangkitan baru-baru ini menjejas operasi banyak syarikat.



Tambah beliau, pengurangan dalam tenaga kerja dan tambahan beban kerja bagi baki kakitangan yang masih bekerja lambat laun boleh menjejas semangat mereka.



Encik Mohamed Ali menambah bahawa syarikatnya tidak memerlukan kakitangannya mendapatkan MC jika diuji positif, dengan pekerja hanya perlu melaporkan kepada pegawai relevan dan mengasingkan diri mengikut protokol sehingga diuji negatif sebelum boleh kembali bekerja.



Bagi sektor penyumberan luar pula, seperti keselamatan dan pembersihan, pengarah urusan firma keselamatan Soverus, Encik Kelvin Goh, menjelaskan mereka menghadapi cabaran daripada pembeli perkhidmatan yang enggan menerima seseorang pekerja itu dijangkiti Covid-19 dan perlu mengasingkan diri melainkan mereka mendapatkan MC sebagai bukti.



"Sebagai majikan, saya mengikuti protokol pemerintah. Asalkan mereka menunjukkan bukti keputusan ART positif, saya akan menerimanya. Tetapi ada pembeli perkhidmatan yang mungkin tidak akan menerimanya," kata beliau.



"Ada klien yang kurang memahami dan menganggap isu kekurangan tenaga kerja itu satu masalah majikan saja... Saya rasa persatuan dan kesatuan perlu keluarkan surat supaya pembeli perkhidmatan faham keadaan teruk sekarang dan tidak mengenakan ganti rugi jumlah tertentu terhadap kami," tambah beliau, yang juga naib presiden Persatuan Keselamatan Singapura (SAS).



Presiden Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE), Encik Ardi Amir, berkata mereka menyokong gesaan pemerintah untuk membolehkan pegawai keselamatan yang dijangkiti Covid-19 untuk berehat di rumah tanpa perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan MC.



Namun, kesatuan itu juga sedar langkah itu telah memburukkan lagi masalah kekurangan tenaga kerja dalam industri itu.



"Kami memohon sokongan pembeli perkhidmatan untuk tidak mengenakan tindakan punitif seperti ganti rugi jumlah tertentu apabila kekurangan tenaga kerja berlaku disebabkan Covid-19," kata beliau.



Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Binaan Bangunan dan Perusahaan Balak (Batu), Cik Noor Irdawaty Jammarudin, pula berkata pihaknya bekerja rapat dengan semua syarikat yang diwakili kesatuan demi memastikan pematuhan kepada nasihat tiga pihak mengenai aturan kerja dan cuti bagi pekerja yang diuji positif tetapi dalam keadaan sihat.



"Sejauh ini, kami tidak menerima sebarang aduan daripada anggota atau pekerja daripada syarikat diwakili kesatuan. Namun, sekiranya ada aduan, pegawai kami akan bekerjasama dengan pihak sumber manusia (HR) untuk memastikan masalah itu ditangani," kata beliau.



Seorang pekerja di sebuah syarikat sektor petrokimia yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Razman, berkata beliau tidak perlu mendapatkan MC, tetapi harus memohon bagi cuti masuk hospital apabila dijangkiti Covid-19.



Majikannya berkata ia adalah bagi rekod semata-mata.



"Saya patuh sahaja, kerana hendak cari makan," ujar beliau.




KEPERCAYAAN TERHADAP PEKERJA




"Ia bergantung pada kepercayaan terhadap pekerja. Bukan kita tak percaya pekerja kita, tetapi majikan juga prihatin ada pekerja yang akan salah guna protokol itu untuk ponteng kerja.

Tetapi kita akan berbincang untuk berikan kelonggaran kepada pekerja yang benar-benar dijangkiti untuk asingkan diri di rumah sehingga diuji negatif tanpa perlu dapatkan MC."

- Pengarah syarikat 4Riz Services, Cik Nur Sarah Mahat.





IKUT PROTOKOL PEMERINTAH




"Sebagai majikan, saya mengikuti protokol pemerintah. Asalkan mereka menunjukkan bukti keputusan ART positif, saya akan menerimanya. Tetapi ada pembeli perkhidmatan yang mungkin tidak akan menerimanya.

Ada klien yang kurang memahami dan menganggap isu kekurangan tenaga kerja itu satu masalah majikan saja... Saya rasa persatuan dan kesatuan perlu keluarkan surat supaya pembeli perkhidmatan fahami keadaan teruk sekarang dan tidak mengenakan ganti rugi jumlah tertentu terhadap kami."

- Pengarah urusan firma keselamatan Soverus, Encik Kelvin Goh.





MOHON SOKONGAN PEMBERI KHIDMAT




"Kami memohon sokongan pembeli perkhidmatan untuk tidak mengenakan tindakan punitif seperti ganti rugi jumlah tertentu apabila kekurangan berlaku disebabkan Covid-19."
- Presiden Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE), Encik Ardi Amir.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >