Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa masjid kekal dengan waktu operasi terbatas kerana keterbatasan operasi, permintaan: Muis

Sep 01, 2021 | 07:05 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) memohon pemahaman jemaah yang perlu akur bahawa beberapa masjid setempat akan meneruskan waktu operasi terbatas kerana keterbatasan operasi dan permintaan.



Pesanan itu disampaikan di laman Facebook Muis pada Rabu (1 September) sejajar dengan kelonggaran yang diberi buat jemaah yang tidak lagi perlu menempah slot bagi solat jemaah harian mulai Rabu.



"Kami tahu para jemaah sangat bersemangat untuk kembali ke masjid khususnya di kala mereka tidak lagi perlu membuat tempahan bagi solat jemaah harian.



"Pada masa yang sama, sedang kebanyakan masjid kita kini berupaya menawarkan lebih banyak ruang buat jemaah, ini bererti lebih banyak tekanan buat masjid yang perlu membuka ruang mereka bagi tempoh masa lebih lama sambil mengekalkan jadual pembersihan dan prosedur pengurusan keselamatan yang tegas.



"Kami meminta jemaah agar mengambil perhatian bahawa beberapa masjid akan meneruskan waktu operasi lebih terbatas kerana kekangan operasi dan permintaannya," jelas Muis.



Menurutnya, keadaan ini akan terus disemak dalam masa minggu-minggu mendatang.



Masjid-masjid yang ditutup bagi solat Subuh termasuk Abdul Hamid Kampung Pasiran, Al-Abrar, Alkaff Upper Serangoon, Hj Mohd Salleh (Palmer), Moulana Mohd Ali, Muhajirin, Omar Salmah, Petempatan Melayu Sembawang dan Sallim Mattar.



Masjid Muhajirin turut ditutup bagi solat Maghrib dan Isyak. Meskipun ditutup pada Ahad dan cuti umum, ia dibuka pada Sabtu. Masjid Omar Salmah juga dibuka pada Sabtu tetapi tidak pada Ahad dan cuti umum.



Sementara itu, masjid yang ditutup pada hujung minggu dan cuti umum adalah Al-Abrar, Hj Mohd Salleh (Palmer), Kampong Delta, Moulana Mohd Ali dan Omar Kg Melaka.



Empat masjid lain yang akan kekal ditutup bagi semua waktu solat buat sementara waktu adalah Ba'alwie, Bencoolen, Burhani dan Malabar.



Semua masjid juga tidak dibuka antara waktu Subuh dengan Zuhur.



Bagi keterangan terkini mengenai waktu operasi masjid, lungsuri laman beralamat go.gov.sg/mosquehours



--



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >