Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa menteri mula tugas baru susuli rombakan Kabinet

May 16, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN sudah berpindah ke Kementerian Kesihatan (MOH) sejak semalam, mantan Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, masih bimbang mengenai kelompok Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan masa hadapan sektor penerbangan.



Encik Ong, 51 tahun, merupakan antara beberapa menteri yang bertukar kementerian yang berkuatkuasa semalam.



Mantan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran, kini ialah Menteri Pengangkutan.



Mantan Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, 48 tahun, menjadi Menteri Kewangan baru, menggantikan Encik Heng Swee Keat, yang kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri.



Encik Chan Chun Sing, 51 tahun, pula menggantikan Encik Wong sebagai Menteri Pendidikan dan melepaskan jawatannya di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Mengongsi di Facebook (FB), Encik Ong berkata beliau meluangkan hari terakhirnya sebagai Menteri Pengangkutan kelmarin dengan mengunjungi Lapangan Terbang Changi dan berbual dengan kakitangannya yang menunjukkan semangat keutuhan dan tanggungjawab menjalankan tugas meskipun terdapat kelompok kes Covid-19 di sana.



"MOT menyediakan khidmat bagi setiap rakyat Singapura. Saya terima banyak e-mel dan mesej setiap hari... tetapi yang paling sukar dilupakan ialah e-mel dari kanak-kanak atau anak muda yang suka dengan kereta api dan menanyakan jika mereka boleh melawat depoh, bertemu saya di stesen MRT dan menanyakan soalan yang membuat saya terpaku,'' kata beliau.



Menulis posnya yang pertama sebagai Menteri Pendidikan semalam, Encik Chan berkata tumpuan utamanya ialah memastikan keselamatan para pelajar dan pendidik di tengah-tengah kes Covid-19 yang meningkat.



"Saya faham dengan keprihatinan ibu bapa kerana saya juga seorang bapa yang mempunyai anak yang bersekolah. Saya akan bekerjasama dengan pasukan MOE untuk memastikan pembelajaran dan rasa ingin tahu pelajar terus membara.



"Kita tidak akan membiarkan Covid-19 menjejas matlamat kita melahirkan generasi anak lelaki dan perempuan yang yakin dan mempunyai perilaku yang baik,'' katanya.



Perubahan itu menyusuli rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong pada 23 April lalu menyusuli keputusan DPM Heng mengundurkan diri sebagai pemimpin generasi keempat (4G).



Mengimbas pengalamannya di MOF dalam catatannya di FB kelmarin, DPM Heng berkata sumber Singapura agak terhad tetapi peluang bagi negara ini banyak.



Tahun lalu, pemerintah melaksanakan lima Belanjawan disebabkan Covid-19 bagi membantu rakyat dan syarikat.



Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kakitangannya di MOF yang bukan sahaja menjaga sumber fiskal negara, malah menyumbang dalam usaha menangani wabak Covid-19 ini serta menunjukkan keprihatinan terhadap beliau dan keluarganya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >