Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa panduan untuk 'jaga badan' semasa jalan Raya

Jun 11, 2019 | 05:30 AM



SETELAH sebulan berjuang melawan rasa lapar dan dahaga pada bulan Ramadan, kini tiba Syawal, bulan meraikan kemenangan jihad kesihatan dan ibadah yang telah disempurnakan.



Ibadah puasa jika dipraktikkan dengan betul dengan pemakanan sihat dan sederhana, dapat meraih banyak manfaat dari segi kesihatan.



Seseorang dapat mengurangkan berat badan yang berlebihan, mengawal kadar gula dan kolesterol dalam darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.



Alangkah ruginya jika manfaat ini hilang dengan hanya seminggu atau dua berhari raya disebabkan cara pemakanan yang kurang sihat dan berlebihan!



PANDUAN MAKAN SIHAT BUAT TETAMU



Alas perut dahulu di rumah dengan makanan yang tinggi serat seperti buah dan sayur seperti salad agar tidak makan berlebihan di rumah tuan rumah.



Buah dan sayur rendah kandungan kalorinya namun mengenyangkan.



Bawa botol air yang diisi air kosong agar dapat diminum jika haus dalam kereta, bas, teksi atau di rumah tuan rumah.



Air kosong tidak mengandungi sebarang kalori dan juga amat menyegarkan.



Anda dapat 'jimatkan' keperluan kalori anda jika dibandingkan dengan air bergas, sirap dan jus buah yang tinggi kandungan kalori.



AMALKAN DASAR SATU PINGGAN



Ambil satu atau dua jenis kuih sahaja bersama juadah Raya yang lain dan susun di atas pinggan kecil (lagi kecil lagi bagus) untuk mengawal jumlah makanan yang diambil. Cuba jangan tambah lagi atau makan berulang-ulang.



Makan dengan perlahan dan nikmati makanan yang anda ambil sambil beramah mesra bersama keluarga dan sahabat handai.



Duduk jauh sedikit dari meja hidangan agar tidak mudah mencapai makanan.



Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah, sayur dan kurangkan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol dan kuih lapis.



Elakkan daripada mengambil kuah berlebihan seperti kuah lemak, kuah rendang dan kuah ayam masak merah.



Cuba selitkan senaman atau latihan jasmani jika ada masa luang untuk membakar kalori makanan Raya yang diambil.



Jika tiada masa untuk beriadah, anda boleh meningkatkan aktiviti harian dengan:



(a) Berjalan ke masjid untuk ke solat jemaah di masjid, atau meletakkan kereta jauh sedikit dari masjid;



(b) berjalan ke rumah saudara atau teman yang berdekatan;



(c) berdiri ketika beramah tamah dan;



(d) menolong tuan rumah membasuh pinggan atau membersihkan meja.



(e) Kurangkan sumber karbohidrat simple seperti lontong , ketupat, lemang.



Lebihkan sumber protein seperti telur, tempe, tahu, ayam, ikan dan daging.



PANDUAN SAMBUT TETAMU SECARA SIHAT BAGI TUAN RUMAH



Sediakan air kosong pada setiap waktu makan.



Asingkan gula apabila menghidang minuman teh atau kopi.



Sediakan makanan dalam saiz hidangan yang kecil. Umpamanya, kek, kuih, lontong dan lemang boleh dipotong mengikut saiz suapan agar tetamu tidak makan berlebihan.



Sediakan pinggan atau mangkuk kecil.



Elakkan daripada memberi minuman bergas atau sirap kordial sebagai minuman utama.



Hidangkan buah sebagai pencuci mulut dan sayur segar pelbagai warna atau kacang rebus untuk menyerikan lagi meja hidangan anda.



Cuba sediakan makanan yang lebih sihat seperti mi sup, soto ayam berbanding dengan makanan yang bergoreng atau bersantan.



Gunakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam yang dibuang kulit.



Potong ayam/daging dalam saiz hidangan kecil.



Semoga tujuan utama rumah terbuka untuk menjalin ukhuwah dan memupuk semangat persaudaraan dapat dikekalkan dan disambut dengan meriah di dalam suasana sihat dan lebih bermakna.



Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin dari Geng Sihat SG.



Penulis doktor keluarga dari Banyan Clinic dan anggota Geng Sihat SG




"Bawa botol air yang diisi air kosong agar dapat diminum jika haus dalam kereta, bas, teksi atau di rumah tuan rumah. Air kosong tidak mengandungi sebarang kalori dan juga amat menyegarkan.

Anda dapat 'jimatkan' keperluan kalori anda jika dibandingkan dengan air bergas, sirap dan jus buah yang tinggi kandungan kalori."

- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >