Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa persetujuan dijangka sempena lawatan PM Lee ke Kenya

Termasuk dalam pembangunan kemahiran, susuli lawatan ke Afrika Selatan
May 18, 2023 | 05:30 AM



PERDANA MENTERI, Encik Lee Hsien Loong, tiba di Kenya, negara kedua yang dilawati beliau dalam lawatan enam harinya ke dua negara di benua Afrika, pada Rabu.



Sebelum ini beliau melakukan lawatan rasmi ke Afrika Selatan.



Setiba Encik Lee di lapangan terbang Jomo Kenyatta di Nairobi, ibu kota Kenya, pada kira-kira 4 pagi (waktu tempatan), beliau disambut Setiausaha Kabinet Maklumat, Komunikasi dan Ekonomi Digital, Encik Eliud Owalo.



Encik Lee kemudian menandatangani buku tetamu di lapangan terbang itu.



Turut berada di situ ialah Duta Bukan Pemastautin Singapura ke Kenya, Encik Yatiman Yusof.



Ini kali pertama Encik Lee mengadakan lawatan rasmi ke Kenya dan Afrika Selatan.



Di Nairobi, Encik Lee dijadual bertemu Presiden Kenya, Encik William Samoei Ruto, yang juga akan menganjurkan majlis jamuan tengah hari buat beliau.



Singapura dijadual menandatangani beberapa persetujuan bersama negara Afrika itu sempena lawatan itu, termasuk dalam bidang pembangunan kemahiran.



Sementara itu, mengenai lawatannya ke Afrika Selatan, Encik Lee berkata beliau telah mengadakan perbincangan produktif bersama Presiden Afrika Selatan, Encik Cyril Ramaphosa.



Encik Lee menarik perhatian bahawa kali terakhir beliau bertemu Encik Ramaphosa ialah semasa di luar Sidang Puncak G20 di Bali pada November 2022.



Menulis di Facebooknya pada Rabu, Encik Lee berkata:



"Presiden Ramaphosa dan saya telah mengadakan perbincangan menyeluruh mengenai perkongsian dua hala kami yang luas, dan bidang baru untuk bekerjasama.



"Kami juga bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan global.



"Kami menyaksikan pemeteraian dua MOU (Memorandum Persefahaman) untuk mengembangkan kerjasama kami dalam Pembangunan Kemahiran dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), dan mengambil bahagian dalam perbincangan perniagaan dengan syarikat dari kedua-dua pihak."



Encik Lee juga memaklumkan bahawa Singapura dan Afrika Selatan menyambut ulang tahun ke-30 penubuhan hubungan diplomatik pada 2023.



"Kami sangat menghargai hubungan kami dengan Afrika Selatan dan terus mengalu-alukan minat Afrika Selatan untuk meningkatkan penglibatan dengan Singapura dan rantau kita," ujarnya.



Dalam lawatan ke dua negara Afrika itu, Encik Lee diiringi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary; Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan; serta Anggota Parlimen GRC Sembawang, Encik Vikram Nair dan Cik Mariam Jaafar.



Mereka juga disertai pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) serta Enterprise Singapore.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >