Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa personaliti sektor guaman dikatakan ditipu dalam skim $1b

Jun 29, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA nama yang dikenali dalam sektor guaman setempat berkemungkinan ditipu seorang peniaga warga Singapura yang disyaki terlibat dalam skim penipuan $1 bilion.



Ng Yu Zhi, 34 tahun, pengarah Envy Asset Management dan Envy Global Trading, dikatakan menipu beberapa individu untuk melaburkan sekurang-kurangnya $1 bilion dalam perjanjian nikel yang sebenarnya tidak diadakan.



Pelabur itu dijanjikan pulangan purata 15 peratus dalam tempoh tiga bulan.



Ng, yang ditangkap pada Februari lalu, telah dikenakan 18 tuduhan bagi menipu, menipu semasa berdagang dan bagi pemalsuan.



Semalam, beliau dikenakan lagi 13 tuduhan serupa.



Ng dituduh pecah amanah melibatkan lebih $200 juta.



Individu-individu yang disyaki menjadi mangsa dalam tuduhan terbaru itu termasuk peguam utama bagi Temasek International Pek Siok Lan, peguam jenayah Sunil Sudheesan dan mantan presiden Persatuan Undang-Undang Thio Shen Yi, kata akhbar The Straits Times dalam laporannya.



Cik Pek disyaki ditipu $5.5 juta, Encik Sunil ditipu $1 juta dan Encik Thio ditipu $87,000.



Encik Sunil mengetuai jabatan jenayah di firma guaman Quahe Woo and Palmer.



Beliau juga presiden Persatuan Peguam Jenayah Singapura dan anggota majlis Persatuan Undang-Undang.



Encik Thio pula ialah rakan kongsi pengasas TSMP Law Corporation dan dinamakan sebagai Peguam Terbaik Singapura di Anugerah Benchmark Litigationa Asia-Pasifik tahun lalu.



Beberapa nama lain yang dikenali dan disyaki ditipu oleh Ng termasuk profesional dalam sektor pelaburan.



Pengerusi Vickers Capital Group Finian Tan disyaki ditipu AS$19.2 juta ($25.8 juta) dan ketua eksekutif Chuan Hup Holdings Terence Peh dikatakan ditipu $3 juta.



Sehingga bulan lalu, sekurang-kurangnya empat tuntutan mahkamah telah difail oleh pelabur yang ingin menuntut sekitar $50 juta daripada Envy Global Trading dan Ng.



Jabatan Ehwal Komersial (CAD) telah merampas aset bernilai sekitar $100 juta dari Ng.



Kededua firma Ng mempunyai lesen yang diberikan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



MAS berkata ia tidak menerima sebarang permohonan lesen daripada Envy Asset Management pada Mac lalu, meskipun firma itu berkata ia sedang berbuat demikian.



Buat masa ini, Ng dilepaskan dengan ikat jamin $1.5 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >