Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa stesen NEL tutup lebih awal pada Jumaat, Sabtu bulan April dan Mei

nel
Apr 02, 2021 | 07:29 PM



BEBERAPA stesen MRT di Laluan North East (NEL) akan ditutup lebih awal pada beberapa hari Jumaat dan Sabtu pada April dan Mei ini, bermula minggu depan (9 dan 10 April).



Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja dilakukan untuk mengganti insulator di Sistem Katenari Overhed (OCS), yang membekalkan kuasa kepada kereta api, kata pengendali pengangkutan awam SBS Transit pada Jumaat (2 April).



Pada 9, 10, 16 dan 17 April, stesen-stesen Kovan, Hougang, Buangkok, Sengkang dan Punggol akan tutup pada sekitar 11 malam, berbanding 12 malam biasanya.



Perkhidmatan kereta api bagi stesen lain di NEL, antara HarbourFront dan Serangoon, juga akan beroperasi secara kurang kerap - iaitu sekitar setiap 9 minit - sewaktu penutupan awal itu.



Satu lagi bahagian di NEL, melibatkan stesen-stesen HarbourFront, Outram Park, Chinatown, Clarke Quay, dan Dhoby Ghout, juga akan ditutup lebih awal pada 23 dan 24 April, serta 7 dan 8 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >