Beberapa syarikat khidmat perkahwinan hulur bantuan
Aug 05, 2018 | 05:30 AM
SEMENTARA beberapa pelanggan For You Wedding Pte Ltd runsing dan tidak pasti langkah yang sepatutnya mereka ambil selepas syarikat itu baru-baru ini mendakwa mereka mengalami masalah dana, beberapa syarikat khidmat perkahwinan setempat telah tampil membantu mereka yang terjejas.
Malah, syarikat-syarikat ini tidak mengharapkan sebarang keuntungan demi membantu pasangan yang terjejas.