Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bedok estet paling ramai penduduk

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



BEDOK merupakan kawasan perumahan yang paling ramai penduduk pada tahun lalu, dengan 276,990 penduduk.



Ini disusuli dengan Jurong West, Tampines dan Woodlands yang masing-masing mempunyai lebih 250,000 penduduk, kata laporan bahagian kedua Banci Penduduk 2020 oleh Jabatan Statistik Singapura (DOS) semalam.



Laporan itu menjelaskan, secara keseluruhan, lebih separuh daripada 4.04 juta penduduk di Singapura menetap di sembilan kawasan kediaman yang dirancangkan.



Kawasan Outram mempunyai jumlah penduduk berusia 65 tahun ke atas yang tertinggi, pada 25.2 peratus.



Estet perumahan lain yang turut mempunyai kadar penduduk berumur 65 tahun ke atas yang tinggi, termasuk Sungei Kadut, Rochor, Bukit Merah dan Ang Mo Kio - dengan sekurang-kurangnya satu daripada lima penduduk berusia 65 tahun ke atas.



Kawasan Punggol pula mempunyai paling ramai penduduk berusia di bawah lima tahun, iaitu 9.3 peratus.



Dalam pada itu, daerah pusat bandar di Singapura terus menarik paling ramai pekerja penduduk, termasuk golongan muda.



Sekitar 284,000 penduduk yang digajikan berusia 15 tahun ke atas atau 12.9 peratus daripada tenaga kerja penduduk bekerja di pejabat di kawasan perancangan pusat bandar, pada tahun lalu.



Ini diikuti oleh Queenstown, Geylang dan Bukit Merah, dengan lebih 100,000 penduduk bekerja di setiap kawasan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >