Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Begitu juga dengan BTS...

May 28, 2021 | 05:30 AM

PELANCARAN hidangan set 'BTS Meal' dari restoran makanan segera Mcdonald's yang bekerjasama dengan kumpulan K-Pop BTS telah ditangguh sekitar sebulan selepas bilangan kes Covid-19 dalam masyarakat bertambah sejak beberapa minggu lalu.

Hidangan itu awalnya dijadualkan dilancar semalam, tetapi tarikhnya telah dianjak kepada 21 Jun.

BTS Meal merangkumi kudapan Chicken McNuggets, kentang goreng french fries, satu minuman, serta sos khas yang dipengaruhi oleh resipi popular dari McDonald's Korea Selatan.

Menurut Mcdonald's, Singapura adalah salah satu daripada hampir 50 negara yang sepatutnya akan menawarkan set makanan selebriti itu bermula minggu ini.

Namun dengan kes Covid-19 yang meningkat dengan strain koronavirus B1617 sesuatu yang membimbangkan, pelancaran itu dilihat pakar kesihatan sebagai wajar ditangguhkan demi mengelakkan sebarang perhimpunan orang ramai, terutama di kalangan kanak-kanak.

Dr Leong Hoe Nam, pakar penyakit berjangkit dari Hospital Mount Elizabeth Novena berkata pelancaran itu dapat menarik ramai peminat, yang kemungkinan di antaranya belum mengambil vaksin.

"Strain B1617 lebih menular pada kanak-kanak daripada strain sebelumnya dan pelancarannya set makanan itu akan mendorong penghimpunan orang ramai justeru meningkatkan penularan Covid-19," tambahnya.

BTS, kumpulan hiburan pop yang dianggotai tujuh lelaki itu mula membuat persembahan pada 2013, dan kali terakhir melawat Singapura pada 2019 untuk mengadakan konsert.

Tiketnya habis dijual dalam tempoh kurang empat jam setelah penjualan dibuka di dalam talian.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3