Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beijing: Kami tidak 'cetus atau takut kekacauan'

Jun 06, 2016 | 08:17 AM



CHINA tidak akan "mencetus atau takut kekacauan", kata seorang pegawai tinggi tentera China pada Ahad (5 Jun), apabila beliau memberi amaran terhadap "provokasi negara-negara tertentu demi kepentingan diri mereka sendiri".



Pertikaian wilayah di Laut China Selatan sekali lagi menguaai Dialog Shangri-La di Singapura, dalam apa yang telah menjadi persaingan geopolitik.



Laksamana Sun Jianguo, timbalan ketua kakitangan umum Tentera Pembebasan Rakyat, berkata China dan Asean berdaya sepenuhnya bekerja bersama untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan dan menghuraikan sembarang perbezaan melalui perundingan.



"Mana-mana negara yang tidak berkenaan langsung tidak dibenarkan mensabotaj laluan keamanan kami bagi keuntungan diri mereka," katanya pada sidang kemuncak keselamatan itu, yang berakhir pada Ahad.



Acara tiga hari tersebut dianjurkan oleh Institut Pengajian Strategik Antarabangsa yang berpangkalan di London.



Laksamana Sun bercakap selama setengah jam dalam satu ucapan yang tidak merujuk secara langsung pada Amerika Syarikat apabila beliau mengkritik campur tangan dalam pertikaian itu.



Sabtu lalu, Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Ashton Carter, memberi amaran bahawa tindakan China di Laut China Selatan meletakkan ia dalam risiko "mendirikan Tembok Besar pengasingan diri".



Laksamana Sun pada Ahad menolak tanggapan itu dan berkata banyak negara "lebih mesra, lebih baik kepada saya, dan lebih menghormati dan mempercayai saya" berbanding pada tahun lepas, semasa beliau turut menghadiri sidang puncak itu.



"Kami tidak dipencilkan pada masa lalu, kami tidak dipencilkan dan kami tidak akan dipencilkan," katanya.



Beliau juga berkata ketegangan semakin meningkat di Laut China Selatan kerana ancaman dan latihan tentera oleh "beberapa negara besar', dan bahawa tahap ancaman bermakna China memerlukan pertahanan tentera di sana.



Laksamana Sun juga membidas Filipina kerana memulakan kes terhadap China di Mahkamah Timbang Tara Tetap di The Hague, dengan berkata ia melanggar perjanjian dua hala dan undang-undang antarabangsa.



Beijing telah berkata ia akan menolak keputusan itu, yang dijangka dalam beberapa minggu ini.



Ditanya bagaimana China akan respons pada hasrat presiden menanti Fipilina, Encik Rodrigo Duterte, menyambung perbincangan dua hala dengan China, Laksamana Sun berkata beliau berharap Encik Duterte "boleh melepaskan beban pentadbiran lalu dan meelenyapkan halangan kepada pembangunan dua hala".



Pertikaian di laut Timur dan Selatan China telah menyebabkan kebimbangan di luar rantau ini, dengan Menteri Canada bagi Pertahanan Negara, Encik Harjit Singh Sajjan, berkata sebagai sebuah kuasa Pasifik, Canada mahu menyumbang kepada keselamatan maritim serantau.



Menteri Pertahanan Perancis, Encik Jean-Yves Le Drian, berkata beliau akan mengemukakan saranan kepada rakan-rakannya dalam Kesatuan Eropah (EU) agar menyelarasrondaan di perairan Asia demi mempertahan undang-undang antarabangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >