Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bekalan, alat perubatan Covid-19 bernilai $19j dari SG buat Indonesia

Feb 22, 2022 | 05:30 AM

SINGAPURA memberi Indonesia bekalan dan peralatan perubatan bernilai lebih 200 bilion rupiah ($18.8 juta) semalam, bagi membantu melawan lonjakan kes Covid-19 akibat varian Omicron.

Ketua Eksekutif Yayasan Temasek Antarabangsa, Encik Benedict Cheong, menyerahkan lebih 697 alat bantuan pernafasan dan sejuta pelitup kepada Duta Indonesia ke Singapura, Encik Suryo Pratomo, di sini semalam.

Sebanyak 418 daripada alat bantuan pernafasan itu dan 600,000 pelitup diberi kepada tentera Indonesia dan bakinya akan diagihkan kepada hospital dan pekerja barisan depan oleh Polis Negara Indonesia.

Encik Cheong berkata pemberian bekalan itu dengan kerjasama pelbagai pihak lain adalah penting bagi mengatasi pandemik yang berterusan, di samping mengukuhkan masyarakat kerana ia kunci dalam pencegahan, ujar kedutaan itu dalam satu kenyataan.

Encik Suryo bersetuju dengan pandangan Encik Cheong mengenai kerjasama pelbagai pihak berkepentingan dalam mengatasi Covid-19.

"Saya berterima kasih kepada Yayasan Temasek bagi usaha berterusan dalam menyokong Indonesia," katanya, dalam kenyataan kedutaan itu.

Bantuan yang disasarkan kepada tentera dan polis adalah baik kerana ia memainkan peranan utama dalam mengatasi pandemik ini dan juga membantu mempercepat kempen vaksinasi di Indonesia, tambah Encik Suryo.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3