Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekalan ayam di M'sia kini stabil, sudah boleh eksport

Aug 02, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia, Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata gangguan bekalan ayam di Malaysia telah stabil selepas langkah diambil kerajaan.



Negara itu kini mempunyai lebihan bekalan dan boleh mengeksport ayam ke negara lain.



"Langkah-langkah ini telah menyebabkan lebihan bekalan ayam sekarang, menyebabkan harganya turun di bawah harga siling yang ditetapkan kerajaan.



"Pada masa ini, kita mampu mengeluarkan 106 peratus daripada keperluan ayam. Ini bermakna kita mempunyai kapasiti untuk mengeksport ayam dari negara kita,'' katanya di Parlimen, semalam.



Datuk Seri Kiandee berkata bahawa Malaysia telah menghadapi gangguan dalam pengeluaran ayam beberapa bulan lalu tetapi ia telah dapat diatasi dengan langkah dasar yang dilaksanakan.



Antara langkah itu termasuk meningkatkan import dan menghentikan eksport, satu langkah yang menjejas Singapura.



Kerajaan Malaysia sebelum ini mengharamkan eksport sehingga 3.6 juta ekor ayam sejak 1 Jun lalu dalam usaha menangani isu bekalan dan harga ayam di negara ini.



Larangan itu dibuat selepas aduan kekurangan bekalan dan kenaikan harga ayam, dengan beberapa peniaga menjual ayam mereka melebihi harga siling untuk menampung kos mereka.



Dalam menangani masalah kenaikan harga ayam, Malaysia telah menetapkan harga siling baru sebanyak RM9.40 ($2.90) sekilogram bagi ayam biasa sejak 1 Julai lalu.



Wakil-wakil industri ayam Malaysia menggesa kerajaannya untuk menarik balik larangan eksport ayam.



Jika tidak, mereka akan kehilangan perkongsian mereka dalam pasaran Singapura.



Akibat langkah Malaysia menghentikan eksport ayam segar ke Singapura, negara itu telah mempelbagaikan sumber ayam mereka.



Ia telah membeli ayam dari negara-negara seperti Indonesia dan Thailand.



Bulan lalu, sebanyak 50,000 kilogram ayam beku dari Jakarta tiba di Singapura, menandakan penghantaran bekalan ayam tetap pertama dari Indonesia.



Syarikat pertanian makanan Indonesia, Japfa Comfeed Indonesia (JCI) juga menyatakan ia merancang untuk menubuhkan tiga ladang baru di Bintan tahun ini, untuk membekalkan ayam hidup ke Singapura. - Agensi




“Langkah-langkah ini telah menyebabkan lebihan bekalan ayam sekarang, menyebabkan harganya turun di bawah harga siling yang ditetapkan kerajaan. Pada masa ini, kita mampu mengeluarkan 106 peratus daripada keperluan ayam. Ini bermakna kita mempunyai kapasiti untuk mengeksport ayam dari negara kita.’’



– Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia, Datuk Seri Ronald Kiandee




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >