Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekalan berkurangan, rayuan derma darah tarik respons lebih 3,000 orang

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



SATU rayuan menderma darah sedang bekalan berkurangan telah menarik respons di luar jangkaan, dengan lebih 3,300 orang tampil berbuat demikian sepanjang minggu lalu.



Ini membentuk sekitar 43 peratus kenaikan daripada sumbangan minggu-minggu biasa, kata Palang Merah Singapura (SRC).



Pertubuhan kemanusiaan itu berharap momentum tersebut akan berterusan minggu seterusnya agar bekalan darah naik ke tahap yang lebih sihat.



Terletak di bangunan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) di Outram Road, Bloodbank@HSA - salah satu daripada empat bank darah di serata pulau - dibanjiri ramai orang ketika lawatan The Straits Times, Jumaat lalu.



Pada 8 Julai lalu, SRC telah memohon agar lebih ramai penderma darah tampil, menurut seorang jurucakap, memandangkan bekalan bagi darah jenis A+ dan O+ mencukupi hanya buat tempoh kurang daripada sembilan hari ketika itu.



Bekalan yang sihat memerlukan jumlah darah yang boleh bertahan sekurang-kurangnya 12 hingga 15 hari, dengan sekurang-kurangnya bekalan darah selama sembilan hari untuk kecemasan perubatan dan awam yang mungkin tercetus, tambahnya.



"Jika trend berterusan dan (stok) jatuh ke tahap kritikal, prosedur pembedahan elektif akan perlu ditangguh supaya dapat memelihara bekalan darah untuk kecemasan menyelamatkan nyawa," katanya.



Antara faktor yang menjejas bekalan darah negara ini ialah gelombang terkini jangkitan Covid-19, kata SRC.



"Ramai penderma tetap yang kami telah hubungi sama ada dijangkiti Covid-19 atau merupakan kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19," kata jurucakap SRC.



Mereka yang dijangkiti Covid-19 perlu menunggu sekurang-kurangnya 28 hari setelah diuji positif sebelum mereka boleh menderma darah.



Ini supaya dapat memastikan mereka sudah pulih sepenuhnya.



SRC berkata usaha mengambil darah sewaktu cuti sekolah Jun juga lebih rendah, sambil menambah bahawa bank darah tutup sewaktu cuti awam.



Ia juga telah memohon bagi penderma sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan Singapura pada 2020, apabila bekalan darah jatuh ke tahap kritikal di tengah-tengah sekatan pergerakan yang bertujuan mengawal penularan koronavirus.



Negara-negara lain juga telah mengalami kekurangan darah sedang pandemik berterusan.



Pada Januari, Palang Merah Amerika berkata ia sedang berdepan dengan kekurangan darah paling teruk dalam sedekad.



SRC juga memohon agar kumpulan darah negatif rhesus (Rh) - jenis darah O-, A-, B- dan AB- - tampil menderma kerana bekalan darah bagi golongan ini juga rendah.



Hanya kira-kira 1 peratus penduduk Singapura negative Rh, dengan AB- merupakan jenis darah negatif paling jarang ditemui, kata SRC.



Pertubuhan itu menggesa mereka yang mempunyai kumpulan darah negatif untuk menderma secara tetap, memandangkan jenis darah mereka mengalami kekurangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >