Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekalan COE berkurang 11.5 peratus bagi Ogos hingga Oktober di bawah kaedah kiraan baru

Jul 22, 2022 | 07:24 PM



BEKALAN Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) akan berkurangan lagi 11.5 peratus bagi tempoh tiga bulan akan datang bermula Ogos hingga Oktober di bawah kaedah kiraan yang disemak semula - bertujuan mengurangkan harga yang sering turun naik.



Kesemuanya akan terdapat 3,526 COE setiap bulan dalam lima kategori, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Ini penurunan daripada 3,982 COE yang tersedia setiap bulan bermula Mei hingga Julai.



Dalam kategori bagi kereta dengan enjin berkapasiti sehingga 1,600cc dan di bawah 130 kuasa kuda (bhp), serta kenderaan elektrik sepenuhnya sehingga 110 kuasa kilowat, akan terdapat sebanyak 1,086 COE, penurunan sekitar 11.3 peratus daripada tempoh kuota masa kini.



 Bagi kereta dengan enjin lebih besar atau lebih kuasa, akan terdapat sebanyak 939 COE, penurunan sekitar 10.8 peratus daripada tempoh masa kini.



Bekalan COE bagi kenderaan komersil dikurangkan sebanyak 19 peratus kepada 166 COE bagi tempoh Ogos hingga Oktober.



Kategori ini menerima penurunan paling banyak dalam kalangan semua jenis COE.



Akan terdapat 1,008 COE bagi kenderaan komersil, potongan sebanyak 10.1 peratus daripada 1,121 COE yang terdapat bagi tempoh Mei hingga Julai.



Dalam kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan melainkan motosikal, kuotanya dikurangkan sebanyak 13.7 peratus daripada 379 COE setiap bulan kepada 327 COE.



Angka tersebut berdasarkan kiraan baru di mana LTA mengumumkan bersama kuota baru.



Kaedah baru kiraan bagi tempoh tiga bulan akan datang berdasarkan 50 peratus daripada jumlah pendaftaran yang ditarik balik dalam enam bulan sebelum ini berbanding mengambil pendaftaran yang ditarik balik daripada tiga bulan sahaja, sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >