ADA kelegaan sedikit bagi mereka yang mahu membeli kereta apabila kuota Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bermula bulan depan.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam mengumumkan bahawa COE untuk kereta (termasuk COE Terbuka) akan meningkat sebanyak 5.8 peratus kepada 4,865 sebulan untuk tempoh November-Januari.