Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekalan cukup tetapi harga ayam beku juga naik

May 31, 2022 | 05:30 AM



BAGI penduduk Pasir Ris Cik Siti Norisah Aamaoni, kenaikan harga ayam baru-baru terlalu drastik buatnya.



Ini satu keprihatinan buatnya memandangkan ayam adalah bahan utama masakan seharian beliau buat keluarga.



Salah seorang daripada isi rumahnya, yang menghidap sindrom Down, tidak berupaya makan masakan lain dan hanya boleh makan ayam.



"Lagi pun, ayam kan daging utama yang sering dimakan orang kita? Budak di sekolah pun makan ayam, jadi bila harga naik rata-rata semua orang terjejaslah," kata ibu seorang anak itu.



Menurut Cik Siti, 50 tahun, ayam segar 1 kilo kini berharga dalam lingkungan $9 berbanding $7.45 sebelum ini.



Harga ayam beku, seperti ayam Perdigao 800 atau 900 gram dari Giant atau Sheng Siong pula naik daripada sekitar $2.64 kepada sekitar $4.65 - hanya dalam beberapa bulan sahaja.



"Ayam segar dari Malaysia sepatutnya disekat pada 1 Jun, tapi harga buat semua jenis ayam sudah naik sejak beberapa bulan lalu," kata kakitangan sambilan di McDonald's itu, yang baru sahaja mengadakan rumah terbuka kelmarin buat keluarga dan sanak-saudara.



Lantaran itu, beliau hanya akan menggunakan ayam beku sahaja buat sementara ini.



Daripada 214,400 tan ayan yang diimport di sini dari luar negara tahun lalu, sekitar satu pertiga, atau 73,000 tan adalah dari Malaysia yang diimport masih hidup dan disembelih di sini, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA).



Menyusuli pengumuman sekatan eksport 3.6 juta ayam sebulan dari Kerajaan Malaysia pada 23 Mei lalu, Persatuan Pengguna Singapura (Case) pada Khamis lalu berkata, ia akan membawa kesan ketara terhadap harga ayam di sini.



Case berkata bekalan ayam pasar raya tempatan mencukupi dan meskipun stok rendah bagi beberapa cawangan, terdapat alternatif dari cawangan berdekatan lain.



Encik Ridzuan Azmi, 28 tahun seorang penduduk Choa Chu Kang memberitahu Berita Harian (BH) semalam, beliau memerhatikan stok ayam drumlet beku di cawangan Fairprice dekat rumahnya tiada stok dan terpaksa ke cawangan lain untuk mencari alternatif.



"Tetapi stok juga rendah di cawangan lain. Nasib ada sedikit stok buat kami sebab kami ada tetamu di rumah hujung minggu lalu," kata jurutera itu.



Cik Norinin Salleh, 72 tahun yang tinggal di flat studio di Tampines pula berkata, kenaikan harga telah menyebabkannya mengeluarkan perbelanjaan tambahan baru-baru ini.



Malah, harga bagi hampir semua bahan, daripada daging, kepada sayur dan bahan segar dan kering lain juga sudah meningkat, katanya lagi.



"Saya terus terang mengaku, tak selalu makan ayam. Cuma makan ikan dan sayur sahaja selalu. Tapi kadang-kadang bila saya kepingin nak makan ayam, saya beli kaki ayam, harga kaki ayam pun dah naik."



"Macam mana kita nak lawan dia (kenaikan harga)? Bila kita perlukan barang tu tetap kena beli juga kan?" kata pesara itu yang sudah kehilangan suami dan tinggal keseorangan.



"Jadi mana yang kita boleh kurangkan, kita kurangkanlah untuk berjimat cermat sedikit," tambahnya.



Ketika dihubungi menerusi Zoom baru-baru ini, pengarah pembangunan perniagaan dan pemasaran OurPasar Essentials, yang mengendalikan laman perdagangan elektronik OurPasar, Encik Qamarul Solihien Daud berkata terdapat permintaan yang sangat tinggi hujung minggu lalu, dengan tempahan bagi ayam meningkat dua hingga tiga kali ganda berbanding kadar biasa.



Sebagai anggaran, beliau berkata, setiap isi rumah menempah tiga mahupun empat ekor ayam berbanding satu atau dua sebelum ini.



"Mungkin mereka beli berlebihan sebab adanya perjumpaan Raya atau rumah terbuka hujung minggu terakhir Syawal lalu, tetapi mungkin juga sebagai persiapan sebelum sekatan ayam dari Malaysia Jun nanti," katanya.



Rata-rata, harga ayam segar dan beku dalam laman perdagangannya itu semua sudah naik dalam 20 hingga 30 peratus.



SFA sebelum ini berkata bekalan ayam beku di Singapura mencukupi serta memberi panduan berkenaan cara menyimpan produk ayam beku buat jangka masa lama.



"Harap bertenang dan jangan kelam kabut! Pasar Raya kami mempunyai stok mencukupi dengan pelbagai pilihan ayam dan produk berkenaan dengannya," kata SFA.



"Mari mengamalkan kesabaran sementara pasar raya tempatan mengisi stok semula," kata SFA lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >