Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekalan darah di SG bertambah baik selepas rayuan

Aug 08, 2022 | 04:30 PM



STOK bekalan darah di Singapura bertambah baik hingga mencapai paras sederhana selepas Palang Merah Singapura (SRC) membuat rayuan baru-baru ini hingga berjaya mendapatkan 10,000 penderma, kata SRC dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan bersama hari ini (8 Ogos).



Awal bulan lalu, penguasa kesihatan di sini mengumumkan bahawa stok darah jenis A+ dan O+ berkurangan.



Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung memohon agar lebih ramai orang menderma darah kerana rawatan pembedahan elektif besar yang memerlukan kedua-dua unit darah itu mengalami risiko ditangguh akibat kekurangan darah itu.



Mengumumkan perkembangan terkini menyusuli isu itu selepas seminggu, Encik Ong berkata pendermaan darah telah naik 45 peratus selepas rayuan, namun lebih banyak darah masih diperlukan kerana stok bagi semua jenis darah masih belum berada dalam paras yang sihat.



Selepas dua rayuan, lebih 10,000 orang - merangkumi semua jenis kumpulan darah - telah tampil buat pendermaan darah, kata SRC dan HSA.



“Antara mereka, sekitar 21 peratus menderma buat kali pertama dan sekitar 15 peratus adalah penderma belia.”



Pihak berkuasa perlu mengumpul sekitar 400 unit darah setiap hari untuk memenuhi keperluan seharian.



“Pendermaan yang berkurangan semasa cuti panjang hujung minggu, cuti sekolah dan sambutan, termasuk penggunaan darah yang naik secara serta merta, boleh menyebabkan stok darah menjunam,” tambahnya.



Kenyataan itu menegaskan pendermaan darah secara kerap adalah kunci mencapai bekalan darah yang stabil.



“Oleh kerana darah mempunyai tempoh hayat enam minggu yang pendek bagi sel merah, dan tujuh hari bagi platlet, kami harapkan sokongan yang berterusan daripada penderma darah untuk membuat pendermaan sekurang-kurangnya dua kali setahun,” kata SRC dan HSA lagi.



“Ini akan memastikan terdapat bekalan darah yang mencukupi bagi pesakit di Singapura,” tambahnya.



Seorang pesakit Beta Thalassemia Mejar - iaitu penyakit darah genetik yang mana tubuh badan tidak berupaya menghasilkan sel darah merah, Cik Amirah Arman, 27 tahun berkata:



“Pendermaan darah anda telah berjaya menyelamatkan ramai orang seperti kami. 



“Setiap pek darah membawa kesan yang ketara, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penderma, tidak kira kumpulan darah anda,” katanya yang menjalani transfusi darah setiap bulan sejak berusia 7 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >