Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan di Singapura

Feb 14, 2019 | 03:20 PM



BEKALAN elektrik di beberapa kawasan bandar Singapura terputus hari ini. 



Menyatakan demikian dalam satu pos di Facebook sebentar tadi, SP Group berkata pegawai mereka dikerah serta merta ke kawasan yang terjejas. 



“Keutamaan kami adalah untuk mengembalikan bekalan elektrik dengan selamat dan secepat mungkin di kawasan-kawasan ini. 



“Bekalan elektrik juga telah kembali di beberapa kawasan,” katanya dan menambah bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kejadian tersebut. 



Pengendali pengangkutan SBS Transit berkata dalam satu kenyataan bahawa tujuh stesen di Laluan Timu Laut (NEL) terjejas tengah hari tadi. 



Bekalan elektrik yang terputus di stesen-stesen tersebut disebabkan oleh bekalan kuasa yang kurang, dan lampu kecemasan dinyalakan semasa kejadian itu. 



“Khidmat kereta api tidak terjejas oleh bekalan elektrik yang terputus,” kata SBS Transit.



Namun, khidmat lain seperti lif dan tangga bergerak tidak berfungsi pada masa itu. 



Stesen yang terjejas termasuk HarbourFront, Outram Park, Chinatown, Clarke Quay, Dhoby Ghaut, Boon Keng, dan Potong Pasir. 





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >